Thursday, November 29, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh : 26 November 2018 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2018 pada 26 hingga 30 November 2018 (Isnin hingga Jumaat) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 26 November 2018 bermula jam 2.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan penyesuaian carpet pada pukul 8.30 pagi..

Sebanyak 11 negeri dan 1 negara Singapura telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pahang, Perak,Sabah, Sarawak,Perlis,Kelantan dan Kedah

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori U9, U10, U11 dan U12.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat
  

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved