Sunday, November 25, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK WANITA REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2018

Tarikh :   23 November 2018
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohahanan Gimnastik Artistik Wanita Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2018 pada 23 hingga 24 November 2018 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik Artistik dijalankan pada 23 November 2018 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokaan hari.  Atlet pelapis gimnastik artistik telah menjalani latihan rasmi bermula jam 5.00 petang. Pada kejohanan ini hanya atlet wanita yang terlibat memandangkan tiada pertandingan bagi MAG.
Sebanyak 10 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah, Johor dan Selangor.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi level 2,3 dan 5. Pendaftaran telah dilakukan seramai 10 orang, namun seorang gimnas Annabelle terpaksa digugurkan oleh jurulatih pada saat akhir kerana masalah disiplin.

Sekian,  terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved