Sunday, November 25, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL/MSN/MILO/MGF SIRI 2/2018

Tarikh :   23 November 2018 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohahanan Gimrama SPORTEXCEL/MSN/MILO/MGF Siri 2/2018 pada 23 hingga 24 November 2018 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 23 November 2018 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokaan hari.  Atlet pelapis gimrama telah menjalani latihan rasmi bermula jam 4.00 petang.

Sebanyak 5 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Sabah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas.

Sekian,  terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved