Wednesday, May 23, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2018

Tarikh: 22 Mei 2018 (Selasa)
Tempat:  
1) SRJKC Moh Ghee Pusat
2) SK Sungai Gelugor
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Kehadiran
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Hari ini merupakan kali kedua ujian mengenalpasti bakat bagi sukan gimnastik artistik untuk fasa kedua yang melibatkan 2 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Moh Ghee Pusat dan SK Sungai Gelugor. Program TID sesi kedua bagi dua sekolah ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 85 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 10 orang murid daripada dua buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 24 Mei 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved