Monday, May 21, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2018

 Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
Tempat :  
1) SRJKC SHANG WU
2) SK MINDEN HEIGHT
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

KEHADIRAN
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Gimnastik Artistik. Bagi fasa kedua ini melibatkan 4 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Shang Wu,  SK Minden Heights, SJK (C) Moh Ghee Pusat dan SK Sungai Gelugor. Namun begitu terdapat dua tarikh yang diberikan oleh pihak sekolah dimana 18 Mei 2018 ( SJK (C) Shang Wu & SK Minden Heights) manakala pada tarikh 22 Mei 2018 ( SJK (C) Moh Ghee Pusat & SK Sungai Gelugor). Hal ini kerana beberapa sekolah masih lagi giat menjalankan peperiksaan. Program TID sesi kedua bagi dua sekolah pertama ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 128 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 14 orang murid daripada dua buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 24 Mei 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved