Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN HARI KEEMPAT KM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 13 Mei 2018 (Ahad)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam

Atlet diberi pelepasan untuk perhimpunan pagi pada hari keempat kem untuk persediaan atlet menghadapi mini pertandingan jarak double 60 meter (lelaki & wanita) yang akan bermula pada jam 8.30 pagi. 

Setiap atlet perlu menghabiskan 72 anak panah untuk menentukan pemenang. Mini pertandingan ini akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Berikut disertakan keputusan penuh mini pertandingan :-

DOUBLE 60 METER (LELAKI)

1. Muhammad Alif Aiman (KL) - 647
2. Liew Yu Vui (SAR) - 647
3. Haries Iskandar (SEL) - 633
4. Mohd Ariff Hidayat (KED) - 616
5. Muhammad Hafiyzul Hadi (SEL) - 614
6. Amir Imran (KL) - 598
7. Shamil (JHR) - 596
8. Helmi Hakim Azahah (NS) - 583
9. Muhammad Afham (MEL) - 567
10. Muhammad Akmal Adry (KEL) - 564
11. Kong Ze Liang (SAR) - 563
12. Muhammad Aliff (TER) - 524
13. Muhammad Nabil (KEL) - 521
14. Eizz Danish (NS) - 516
15. Muhammad Syahmi (PER) - 506
16. Ahmad Zaim (TER) - 469
17. Mohd Syafiq (JOH) - 447
18. Nur Muhammad Arif (PRK) - 362
19. Irsyad Thaqif (KED) - 253

DOUBLE 60 METER (WANITA) 

1. Natasha Ting Sze Pei (SAR) - 631
2. Nurul Azreena (SEL) - 613
3. Nur Syafiqa Izyan (KED) - 576
4. Hannah Irdina (SEL) - 545
5. Nur Qistina (JOH) - 543
6. Nurin Afiqah (TER) - 540
7. Nur Sajida (KED) - 538
8. Nur Balqis Fathi (PEN) - 534
9. Lim Jia Xin (JOH) - 528
10. Alis Syazni (KEL) - 519
11. Uzma Qisthina (NS) - 511
12. Nur Arissa Fatihah (KL) - 496
13. Fatin Nurhannah (KL) - 469
14. Sharifah Aleeya Natasha (PER) - 443
15. Nur Nadia (PRK) - 403
16. Nurdinah Husna (PRK) - 97
17. Nur Alyaa Najibah (PER) - 81

Sesi petang diteruskan dengan sesi Shooting Skill, Shooting Foam dan Equipment Setting. Sesi tersebut lebih kearah untuk memperbaiki beberapa kesalahan kecil yang dilakukan setiap atlet semasa melepaskan arrow ke sasaran. Beberapa peralatan atlet juga dilihat dan diperbetulkan oleh jurulatih. Sesi latihan selesai pada jam 6.00 petang.

Sesi malam semua atlet diberi active rest dengan sesi perkongsian ilmu bersama jurulatih Marbawi Sulaiman. Sedikit sebanyak atlet dapat menimba beberapa teknik baru untuk dipraktik sama ada masa latihan mahupun pertandingan. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved