Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Tempat : Bilik Merpati MSNM
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Walau bagaimanapun aktiviti hari terakhir berjalan seperti yang biasa dengan atlet bersarapan pagi di dewan makan sebelum masuk ke dewan kuliah untuk sesi rumusan bersama ketua jurulatih. Antara pengisian rumusan pagi ini, ketua jurulatih memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan semua pemanah-pemanah walaupun rata-rata masih diperingkat pembelajaran. Sepanjang kem ini djalankan, ada beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 yang akan disempurnakan oleh Encik Azrul Hisyam Bin Abdul Jalil Ketua Cawangan Kemahiran Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Dalam ucapan penutupan, beliau berhasrat agar semua pemanah-pemanah meningkatkan prestasi selepas pulang ke negeri masing-masing. Beliau juga berharap atlet yang hadir pada kem kali ini akan mewakili negara pada masa akan datang. Selesai ucapan beliau, Majlis penyampaian sijil telah disampaikan kepada semua atlet yang hadir. Dalam masa yang sama, hadiah kepada pemenang untuk mini pertandingan.

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada pemanah muda untuk berkampung selama 5 hari untuk menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada pemanah baru mempelajari teknik-teknik memanah dengan betul. Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua atlet akan pulang ke negeri masing-masing selepas makan tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved