Monday, December 4, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Disember 2017 (Ahad)
Masa : 5.00 pm - 8.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Routine checked

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kinetic Rhythmic Gymnastic Grading 2/2017 di Kuala Lumpur pada 9 hingga 10 Disember 2017

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet pada hari ini agak memuaskan dan terdapat beberapa atlet yang baru sahaja pulang pada 2/11/2017.
2. PPN memaklumkan kepada JSM Cik Lee Xin Ee yang tidak dapat hadir ke kejohanan bahawa latihan gimnas perlu dipertingkatkan kerana keputusan bagi Sportexcel dan Kebangsaan tidak memuaskan manakala bagi Sirkit Remaja Kebangsaan pasukan Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.
3. PPN juga memohon jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam mengambil kursus spesifik dan sains sukan bagi memberi prestasi yang baik kepada gimnas Pulau Pinang.
4. Tandas di dalam gimnasium gimrama sedang dinaiktaraf oleh pihak MSNPP, pihak MJAPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkenaan.
5. Masalah jurulatih sepenuh masa dan jurulatih luar negara sehingga sekarang tidak dapat diselesaikan disebabkan kekangan bajet.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved