Tuesday, December 5, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PULAU PINANG 2017

Tarikh : 2 dan 3 Disember 2017
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. V. Govindasamy (Setiausaha POAPP)
2. Jurulatih Separuh Masa PLN dan PLD USPTN
3. Jurulatih Akademi Serantau MSNM
4. Jurulatih MSNPP dan MSD
5. Jurulatih MSSPP
​6. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ULASAN RINGKAS
Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang Ke 84 pada 2 dan 3 Disember di Stadium USM Pulau Pinang. Jumlah penyertaan keseluruhan atlet adalah seramai 274 orang dengan pecahan 174 orang atlet lelaki dan 100 orang atlet wanita. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah lompat kijang, lompat jauh, lompat tinggi, melempar cakera, merejam lembing, melontar peluru, 100m, 200m, 400m, 1500m, 5000m, 10000m, 100m lari berpagar, 110m lari berpagar dan 400m lari berpagar. 

Berikut adalah keputusan rasmi membabitkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

1. Janice Loh Yinjin - 1500m wanita (5:54.9/Emas) , 5000m wanita (22:31.0/Emas), 800m wanita (2:40.5/Perak)
2. Mohamad Daniel Afiq Bin Mazlan - 400m lari berpagar lelaki (59.2/Emas)
3. Mohamad Azlan Bin Azizan - 400m lari berpagar lelaki (64.9/Gangsa)
4. Koh Ann Yi - L. tinggi wanita (1.53m/Emas), Lompat jauh wanita (4.85m/Emas)
5. Nur Dinie Shahirah - lontar peluru wanita (10.47m/Emas)
6. Nur Aina Mislah - lontar peluru wanita (8.96m/Perak)
7. Siti Nur Diana Rosli - 100m wanita (13.0s/Emas), 200m wanita (28.1s/Emas)
8. Mohd Fakhrul Bin Abd Aziz - 100m lelaki (10.9s/Emas)
9. Chloe Loh - 400m wanita (61.8s/Emas)
10. Fatin Batrisya - Baling tukul besi wanita (22.37s/Perak)
11. Abd Hadi - Baling tukul besi lelaki (39.63m/Emas)
12. Ma Jing Yang - Baling tukul besi lelaki (35.63/Gangsa)
13. Yusrizal Shaikh - 800m lelaki (2:06.8/Perak)
14. Heng Xin Cheng - lempar cakera lelaki (33.90m/Perak)

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved