Monday, December 4, 2017

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 30 November 2017 (Khamis)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Hari ketiga kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara pada sebelah pagi, pasukan Pelapis Pulau Pinang mengambil bahagian sebelah pagi bagi acara tali bagi Gred 4 & Gred 5 dan gelung untuk Gred 5. Seterusnya pada jam dua hingga tujuh petang diteruskan lagi dengan acara U9, U10 & U11 (Gelung) dan U9 (tali).

Pada hari ketiga, Skuad Pelapis Pulau Pinang menurunkan pemain seramai 8 orang mengikut kategori masing-masing.

Berikut disertakan keputusan penuh hari ketiga yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : U10 (Gelung)
Nicole Cheng Qi Ern - 9.400 mata

Kategori : G4 (Tali)
Lee Jing Ying - 10.150 mata
Alicia Boon Yan Lin - 9.000mata 
Iris Tan Yi Hong -  8.200 mata

Kategori : G5 (Tali)
Ong Wei Yee - 11.250 mata
Evelyn Foo Yi Fei - 11.450 mata 
Nur Syaziana Soffia - 11.150 mata
Angie Tan En Qi - 11.300 mata

Kategori : G5 (Gelung)
Ong Wei Yee - 11.650 mata
Evelyn Foo Yi Fei - 9.900 mata 
Nur Syaziana Soffia - 11.250 mata
Angie Tan En Qi - 9.950 mata

Pasukan Pelapis Pulau Pinang hari ini turut membawa pulang 1 Gangsa bagi acara gelung untuk Gred 5, mereka tidak berputus asa bagi mencuba untuk mendapatkan pingat pada kejohanan kali ini. Oleh itu mereka berusaha dengan lebih bagi bertanding dengan pasukan lain yang lebih hebat.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved