Monday, October 27, 2014

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 27 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : SMK Methodist Lelaki , Georgetown Pulau Pinang
 Kehadiran : 2 Pegawai, 2 Jurulatih, 2 Atlet Berbasikal Peserta (150 Orang)

Program pencarian bakat baru (TID) sukan berbasikal telah dijalankan pada 27 Oktober 2014. Seramai 150 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sekolah berkenaan. Program diadakan sebanyak 2 sesi bagi pelajar pagi dan petang.Dimulakan dengan penerangan sukan berbasikal dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan berbasikal.Taklimat merangkumi pencapaian atlit,jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri. Setelah selesai sesi taklimat, 2 orang pelumba yang dibawa khas melakukan demonstrasi teknik-teknik asas dalam sukan berbasikal.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan.Seramai 22 peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 2 petang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved