Monday, October 20, 2014

LAPORAN HARI KEDUA BENGKEL JURULATIH PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN PPS 2014

Tarikh : 20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Hotel Pearl International, Kuala Lumpur

Hari kedua bengkel diteruskan lagi dengan pecahan mengikut sukan dimana sesi sebelah pagi dan petang lebih tertumpu kepada penyediaan modul latihan asas. Penyediaan modul ini juga dipecah mengikut sukan dimana sukan olahraga terarah pada teknik-teknik asas seperti larian, balingan, lompatan. Ketua jurulatih juga menitikberatkan konsep latihan asas yang terbahagi kepasa 5 peringkat iaitu Multi literal Development (7-9 tahun), Multi Literal Training (10-15 tahun), Built Up (16-17 tahun), Junior/Elite (17-19 tahun) dan High Performance (20 tahun keatas).

Penyediaan modul latihan asas telah dibentangkan oleh Ketua Jurulatih iaitu Encik Manshahar Abd Jalil dengan dibantu oleh Encik Trapadi a/l A.Alagari. Dalam pembentangan juga, beliau ada menekankan 3 sistem kejurulatihan iaitu Escort, Partnership & Transfer System. Beliau juga menekankan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama jurulatih diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.

Sesi bengkel hari terakhir bersambung pada esok jam 9.00 pagi. Sesi pembentangan akan dibentang oleh setiap ketua jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved