Thursday, October 30, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.15 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. En. Jamil Bin Hashim - JSM
2. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
3. Atlet - 7 lelaki & 1 wanita

LATIHAN

1. Back Squat - 3 x 6 set
2. Power Clean - 3 x 6 set
3. Teknik Snatch - 3 x 6 set
4. Push Up - 15 x 2 kali

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Pasukan Angkat Berat Pelapis Pulau Pinang melakukan persiapan sebelum ke Kejohanan Pelapis Peringkat Akhir pada 12 hingga 17 November 2014 di Kuantan, Pahang. Seramai 16 atlet akan terlibat pada kejohanan tersebut.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. 1 bar wanita & 2 bar lelaki patah
2. Mohon penambahan set weightlifting lelaki dan wanita.

PROGRAM BINAAN

1. Akan menjalani Latihan Tindik Bersama Pelapis Kedah pada 31 Oktober hingga 2 November 2014 di SMK Tunku Anum, Alor Setar.

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
2. PPN memaklumkan bahawa 3 orang atlet dibawah kendalian JSM Jamil telah terpilih untuk ke Kejohanan Pelapis Peringkat Akhir 2014 di Kuantan, Pahang. 3. Jurulatih memohon penambahan peralatan 1 set weighlifting lelaki dan wanita.
4. Peralatan yang diterima dari pihak MSN iaitu Jerk Block mengalami keretakan pada tapak bawah.
5. PPN menekankan aspek kebersihan dewan yang agak tidak terurus dan memohon jurulatih memantau supaya atlet dapat mengemas selepas sesi latihan dibuat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved