Tuesday, April 17, 2012

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 16 April 2012 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.00 pm - 7.30 pm
Masa Latihan : 4.00 pm - 7.00 pm
Tempat : PLN Batu Uban, Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Jurulatih - JPM Jaffery Low
2. Atlet - 10 atlet (3 Compound / 7 Recurve)

Latihan
1. Short Distance (30m) untuk atlet kat II
2. Distance 50m untuk atlet kat I

Ujian
1. Tiada ujian yang dijalankan

Pertandingan
1. Bulan April (21&22) akan diadakan pemilihan (selection) ke-2 untuk menempatkan diri didalam pasukan Sukan Malaysia 2012 di PLN Batu Uban
2. Format yang digunakan adalah Single FITA

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Memerlukan target butt dan target stand tambahan.

Program Binaan
1. Pihak Maktab Perguruan Pulau Pinang mohon untuk diadakan satu booth dan taklimat ringkas serta demo di maktab pada 27hb. Perbincangan lanjut akan diadakan esok (17hb).
2. Pihak Sek. Men. Hamid Khan mohon untuk diadakan satu taklimat ringkas tentang sukan memanah di sekolah tersebut pada bulan April, tarikh akan dimaklumkan.

Ulasan
1. Hasil pemantauan didapati rumput di PLN ini disekitarnya tidak diurus dengan baik. Pihak saya akan rujuk dengan pihak pentadbiran MSNegeri kerana difahamkan ada membuat pembayaran untuk pemotongan rumput setiap bulan. Ini penting demi keselamatan atlet yang menjalni latihan.
2. Beberapa atlet tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dengan aktiviti sekolah.
3. Saya mengambil kesempatan berjumpa atlet & ibubapa yang hadir menemani anak2 menjalani latihan. Ada seorang ibubapa atlet mohon untuk menjalani latihan di Batu Uban kerana faktor hampir di tempat kediaman. Sebelum ini menjalani latihan di SIRIM dan saya akan maklumkan pada jurulath tersebut. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi





























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved