Friday, April 6, 2012

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 3hb April 2012 (Selasa)
Masa : 3.45 petang - 6.00 petang
Tempat : PLN Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Razlan Rajan Bin Abdullah - JPM (Program Pelapis Negeri)
2. Ernita Nasir - JLN (Persatuan Badminton Pulau Pinang)
3. Atlet - 5 Lelaki dan 11 Wanita (Program Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang)
4. Cheah Boon Chong dan Sheikh Omar Bin Ibrahim - Pegawai Pusat Satelit ISN Pulau Pinang
5. Nor Shuhada Bin Moammad Abd Rasid dan Haja Mohiyideen Bin Alikhan - Pelajar Pratikal UITM Arau, Perlis
6. Helmi Asmawi Bin Zakaria - Pelajar Pratikal UITM Shah Alam, Selangor

LATIHAN
1. 2 Vs 2
2. Game Play

UJIAN
Ujian Kecergasan Bersama ISN dan mendapatkan jenis ujian yang dijalankan pada hari tersebut dari pihak ISN :
1. Standing Broad Jump
2. Vertical Jump
3. 5 Meter Shuttle Run Test - 6 set untuk 30 saat.


PERTANDINGAN
1. Kejohanan yang terdekat Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) pada 18 - 22 April 2012 di Kuala Lumpur.

KECERDERAAN
1. Mendapati seorang atlet mengalami kekejangan otot selepas menjalani ujian 5 Meter Shuttle Run Test dan pihak ISN telah memberikan bantuan.

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Ujian Kecergasan bersama Pihak ISN untuk atlet yang berlatih di Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang diadakan selama dua hari iaitu pada 2hb - 3hb April 2012. Hari ini (3hb April 2012) merupakan hari kedua dan Pihak ISN di bantu oleh tiga pelajar praktikal yang di tempatkan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

2. Ujian telah bermula dari 3.00 petang hingga 4.20 petang dan hanya tiga jenis ujian sahaja yang telah dijalankan. Telah sampai di Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar pada 3.45 petang dan hanya berkesempatan memantau ujian "5 Meter Shuttle Run Test" sahaja.

3. Jenis Ujian yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk menguji kekuatan angota badan bahagian bawah (kaki) atlet.

4. Semasa pemantauan mendapati displin atlet memuaskan dan telah memberikan kerjasama kepada pihak ISN dalam ujian yang dijalankan. Tiada kecederaan yang serius berlaku hanya mendapati seorang atlet mengalami kekejanagan otot dan telah diberikan bantuan oleh pihak ISN.

5. Ujian Kecergasan bersama ISN untuk atlet yang berlatih di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam yang di cadangkan pada 31 - 1 April 2012 telah di tunda kepada 5hb Mei 2012 atas permintaan pihak ISN.

6. Selepas tamat ujian dijalankan, atlet meneruskan latihan yang dikelolakan oleh JPM Razlan sehingga 6.00 petang. Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama Atlet, JLN Ernita dan JPM Razlan untuk mengucapkan terima kasih kerana memberikan kerjasama semasa program ujian kecergasan dijalankan.

7. Ucapan terima kasih kepada pihak ISN dan Pelajar Praktikal yang telah menjalankan ujian kecergasan dengan jayanya. Keputusan dari ujian kecergasan akan dimaklumkan oleh pihak ISN kemudian.

Fatimah Jamil























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved