Tuesday, April 3, 2012

LAPORAN KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNOR CIRCUIT 2012 (NS LEG)

Tarikh : 30hb Mac - 1 April 2012
Tempat : U-Bowl Jaya Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan
Program : Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit 2012 [N9 Leg]

Kehadiran :
1. Atlet - 15 orang [Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia
2. JSM Pelapis Negeri - 2 [Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani Abd Rahmad]
3. PPN/Penyelaras Sukan - Cik Fatimah Binti Jamil

Ulasan :
1. Pasukan Pulau Pinang bertolak ke Negeri Sembilan pada 29hb Mac 2012 petang dengan menggunakan Perkhidmatan Bas SUK dan sampai di hotel tempat 1.00 pagi.

2. Pusat Boling U-Bowl mempunyai 24 lorong jenis kayu dan hanya 22 lorong sahaja yang boleh digunakan semasa kejohanan. Pusat Boling U-Bowl tidak sesuai digunakan untuk kejohanan kerana keadaan yang terlalu bising dengan pelanggan yang menggunakan permainan video yang terletak bersebelahan.

3. Pada hari pertama [30hb Mac 2012] hanya 3 katergori sahaja yang dipertandingkan dan pertandingan berakhir pukul 4.00 pagi. Kelewatan disebabkan masalah lorang. Jumlah penyertaan dan peserta dari Pulau Pinang seperti berikut :
Girls Graded - Jumlah peserta seramai : 58 orang dan seramai 20 orang akan di pilih untuk pusingan kedua. Peserta Pulau Pinang seramai 3 orang dan seorang yang layak kepusingan kedua.

Girls Open - Jumlah peserta seramai : 36 orang dan seramai 16 orang akan di pilih untuk pusingan kedua. Peserta Pulau Pinang seramai 2 orang dan seorang yang layak kepusingan kedua.

Boys Graded - Jumlah peserta seramai : 94 orang dan seramai 32 orang akan di pilih untuk pusingan kedua. Peserta Pulau Pinang seramai 5 orang dan 3 orang yang layak kepusingan kedua.

4. Perjumpaan dan perbincangan bersama PPN Perlis, Melaka, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan tentang program sukan masing-masing.

5. Bersama KUN Negeri Sembilan, PPN Kelantan dan PPN Melaka melawat PPN N9 Ayu di Hospital KPJ Seremban. Ucapan semuga cepat sembuh.

6. Pada hari kedua [31hb Mac 2012] 3 katergori yang dipertandingkan. Jumlah penyertaan dan peserta dari Pulau Pinang seperti berikut :

Boys Open - Jumlah peserta seramai : 65 orang dan seramai 20 orang akan di pilih untuk pusingan kedua. Peserta Pulau Pinang seramai 3 orang dan ketiga-tiga layak kepusingan kedua.

Boys Under 12 - 45 orang dan seramai 12 orang akan di pilih untuk pusingan kedua. Peserta Pulau Pinang seramai 2 orang dan seorang layak kepusingan kedua.

Girls Under 12 - Tiada penyertaan dari Pulau Pinang.

7. Pada waktu malam Persatuan Tenpin Boling mengadakan Majlis Makan Malam kepada semua peserta-peserta dan 3 dari atlet Pulau Pinang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.

Fatimah Jamil




































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved