Thursday, April 5, 2012

KLINIK PENGENALAN SUKAN @ BM HIGH SCHOOL

Tarikh : 4 April 2012 (Rabu)
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : SMK Tinggi Bukit Mertajam

Penglibatan Pelajar : 500 Orang (13 & 14 Tahun)
Sukan Terlibat : Memanah, Boling Padang & Olahraga

Bagi memastikan program pembangunan sukan diperingkat negeri serta tidak ketandusan atlet-atlet pelapis kepada atlet-atlet sedia ada USPTN telah mengadakan satu Klinik Pengenalan Sukan di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Sukan yang terlibat adalah sukan Memanah, Boling Padang & Olahraga. Antara faktor pemilihan sukan-sukan ini adalah kerana terdapat PLN-PLN sukan berkenaan yang berhampiran dengan sekolah serta kediaman pelajar.

Seramai 7 orang jurulatih sepenuh masa/sembilan daripada USPTN, MSNegeri dan ASZU, Pegawai dari USPTN bersama atlet-atlet Pelapis Negeri & Serantau turun membantu bagi menjayakan program ini. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Unit USPTN tentang Program Pelapis, tujuan serta halatuju program yang diadakan ini. Kemudian pelajar-pelajar ini dipecahkan kepada kumpulan mengikut sukan (Memanah, Boling Padang & Olahraga).

Di setiap kumpulan inilah jurulatih serta pembantu menerangkan tentang alatan, teknik asas, disamping melakukan 'demo' bagi memastikan pelajar lebih memahami. Berdasarkan penerangan serta 'demo' yang dilakukan pelajar juga diminta untuk mencuba sendiri melakukan aktiviti sukan-sukan berkenaan.

Berdasarkan cubaan pelajar dalam melakukan aktiviti sukan berkenaan serta membetulkan teknik asas yang ditunjukkan, jurulatih juga diminta untuk melihat & mengenalpasti jika ada atlet yang boleh di bawa untuk turun mengikuti latihan di PLN untuk latihan asas yang lebih spesifik bagi peringkat permulaan terhadap sukan berkenaan. Antara PLN berhampiran yang dimaksudkan adalah ;

Memanah - Padang SIRIM B.Mertajam (PLN MSNegeri)
Boling Padang - Kompleks Sukan Bertam (PLN Pelapis)
Olahraga - Kompleks Sukan MPSP, B.Mertajam (PLN Pelapis & ASZU)


Program tamat sekitar jam 5.00 petang. Setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Tinggi Bukit Mertajam atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua jurulatih serta atlet-atlet Pelapis Serantau & Negeri yang turut membantu melancarkan program ini.

























































































































































































































































































































































































































































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved