Friday, July 29, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON - BUKIT DUMBAR

Tarikh : 27 Julai 2011 [Rabu]
Masa : 4.25 petang hingga 6.35 petang
Tempat : Pusat Latihan Negeri, Dewan PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang
Kehadiran : 4 atlet, JSM Tony Tan Gim Hin dan JPM Razlan.
Jenis Latihan : Serving and Smashing

Laporan ringkas :

Mendapati JPM Razlan dan JSM Tony Tan Gim Hin sedang melatih atlet yang hadir. Mendapati hanya 4 atlet yang hadir dan mendapatkan makluman dari JSM Tony Tan Gim Hin atas kekurangan kehadiran atlet menjalani latihan.

JSM : Memaklumkan kekurangan kehadiran atlet atas sebab persediaan Peperiksaan UPSR dan PMR

Perjumpaan bersama JPM dan JSM, perkara yang di bincangkan :

PPN - Bertanyakan adakah perubahan waktu Jadual Latihan bagi Bulan Ramadhan [Bulan Puasa]. Jadual latihan bermula 3.00 petang hingga 7.00 malam.

JPM & JSM - Tiada perubahan waktu latihan sepanjang bulan puasa. Bagi yang berugama islam akan dibenarkan pulang seawal 6.00 petang.

PPN - Bertanyakan kepada JSM Tony Tan Gim Hin selaku Setiausaha Kehormat Persatua Badminton Pulau Pinang [PBA] jadual latihan bagi JPM Razlan dan memohon dibenarkan pulang seawal 6.00 petang sepanjang bulan puasa.

JSM/Setiausaha Kehormat PBA - Memberikan jawapan, tiada halangan dari pihak Persatuan Badminton Pulau Pinang [PBA].

PPN - Meminta JSM Tony Tan Gim Hin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang [PBA] memberikan kesemua resit-resit perbelanjaan Kejohanan Badminton "Interteam dan Kedah Open" bagi menyiapkan Laporan Penyelarasan. Pada masa yang sama membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011.

JSM/Setiausaha Kehormat PBA - Mencadangkan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011 diadakan selepas Kejohanan Badminton "Penang Individual Under 11, 13 and 15 years old" yang bakal diadakan pada 24 - 29 September 2011.

Di akhir pemantaun telah berjumpa dengan atlet dan bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat bagi meneruskan latihan.
Pemantauan diteruskan ke Pusat Latihan Sukan Skuasy yang terletak bersebelahan dengan PLN Sukan Badminton. Sekian dilaporkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved