Saturday, July 16, 2011

FESTIVAL SUKAN MSN SE-MALAYSIA (FESMAS) 2011

Festival Sukan MSN Se-Malaysia (FESMAS) 2011 kini sedang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu. Festival Sukan yang menghimpunkan semua kakitangan Majlis Sukan Negeri-Negeri seluruh Malaysia bersama Majlis Sukan Negara Malaysia.

Festival pada kali ini mempertandingkan 5 jenis sukan iaitu Badminton, Dart, Karom, Tenpin Bowling & Boling Padang. Selain itu, acara karaoke juga turut dipertandingkan. Selain daripada sukan2 diatas, acara sukaneka & mencandat sotong juga turut diadakan. Ini sejajar dengan matlamat penganjuran Festival ini iaitu merapatkan sillaturrahim dikalangan kakitangan MSN seluruh Malaysia.

Sementara itu, dalam acara Badminton pagi & petang tadi, pasukan Pulau Pinang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Selangor 3-0 dan Kedah 2-1 di peringkat kumpulan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved