Friday, July 29, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SKUASY - BUKIT DUMBAR

Tarikh : 27hb Julai 2011 [Rabu]
Masa : 6.45 petanag hinggan 7.45 malam
Tempat : PLN Negeri, Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran : 8 atlet, JPM Khoo Teng Hin, JSM Matthew Wong dan JL MSNPP Aaron Soyza

Laporan ringkas :

Setibanya di Pusat Latihan mendapati JPM Khoo Teng Hin sedang melatih 8 orang Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang di gelanggang yang berbeza bersama dengan JL MSNPP Aaron.

Pada masa yang sama mendapati JSM Matthew Wong sedang melatih Atlet Pembangunan seramai 5 orang. Selain dari melatih Atlet Pelapis Negeri, JSM Matthew Wong juga di beri tugasan oleh Persatuan Negeri untuk melatih Atlet Pembangunan pada hari yang berlainan dari jadual latihan Program Pelapis Negeri.
Berkesempatan menemubual dengan keluarga atlet [Celine Yeap] yang pada ketika itu sedang bermain skuasy. Mereka memaklumkan bermain skuasy sekadar untuk menjaga kesihantan diri dan memahami selok-belok permaianan untuk pengetahun. Syabas diucapkan kepada Mr. dan Mrs. Yeap.

Perjumpaan bersama JPM dan perkara yang dibincangkan :

PPN - Bertanyakan sebarang perubahan jadual latihan sepanjang bulan puasa. Jadual latihan waktu petang dari 3.00 petang hingga 9.00 malam dan membincangkan hari yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011.

JPM - Tiada perubahaan masa sepanjang bulan puasa dan tiada halangan bagi atlet yang berugama Islam untuk pulang awal. Bagi tarikh Mesyuarat JKK beliau mencadangkan selepas 15 Ogos 2011 kerana beliau bersama dengan 10 atlet akan ke Kejohanan "Hong Kong Junior Open" pada 10 - 14 Ogos 2011 di Cornwall St. Park Squash, Hong Kong. Beliau akan berangkat pada 9 Ogos 2011 dan dijangka pulang ke Pulau Pinang pada 15 Ogos 2011.

Tiada isu yang dibangkitkan semasa perbincangan dijalankan. Diakhir pemantauan kesempatan waktu diambil untuk beramah mesra dengan atlet dan keluarga yang hadir.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved