Friday, July 8, 2011

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 2/2011 - 1st Day

Tarikh : 07.07.2011
Venue : Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor

Pada hari pertama kejohanan menembak pelapis negeri sirkit ke-2, acara yang dipertandingkan adalah air rifle wanita individu dan pasukan.Cuaca dan keadaan dilapang sadar adalah amat baik pada hari ini dan tiada masalah dari segi teknikal.Kesemua atlet tiba dilapang sasar pada jam 8pg dan terus melakukan aktiviti senaman dan stretching.

Acara bermula tepat jam 9pg dan 3 atlet P.Pinang yang bertanding adalah Syaza Amirah, Nur Dayana Hijrah dan Gladys Fong.Ketiga-tiga atlet telah memberi yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan namun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak,hanya 1 mata sahaja dibelakang negeri Pahang.Bagi acara individu pula,selepas pusingsn akhir Nur Dayana,Syaza Amirah dan Gladys Fong masing-masing berada ditempat ke 6,7 dan 8.

Namun begitu,saya amat berpuas hati dengan semangat juang yang mereka tunjukkan dan pasukan P.Pinang merupakan satu-satunya pasukan yang ketiga-tiga atlet telah masuk ke pusingan akhir.Acara tamat pada jam 6ptg dan syukur semuanya berjalan dengan lancar hari ini.

Laporan Oleh;
Ivarn Shazwan
Jurulatih Menembak



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved