Friday, December 3, 2010

PEMANATAUAN PPN - PLN SILAT OLAHRAGA

TARIKH LAWATAN : 02 Disember 2010
TEMPAT : Pusat Latihan Negeri Silat Olahraga, Kompleks Silat Batu Uban
MASA : 5.00 Petang

ATLET : 35 atlet (20 lelaki dan 15 wanita)

JURULATIH : En. Shuhairi Bin Chin
KEHADIRAN
Kehadiran pada hari ini seramai 35 orang. Pecahan kehadiran adalah 20 lelaki dan 15 wanita. Sesi pada petang ini adalah untuk atlet-atlet baru hasil program mengenalpasti bakat yang dijalankan pada 18 hingga 23 Oktober yang lalu. 4 orang atlet dan bekas atlet Silat Olahraga Pulau Pinang membantu dalam sesi latihan ini.

LATIHAN
Atlet-atlet ini masih baru dan diberikan latihan asas Silat Olahraga seperti teknik tendangan, tumbukan dan sapuan.

DISIPLIN
Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.

ISU-ISU BERBANGKIT
Tiada

Hamidi Bin Lokman










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved