Friday, December 3, 2010

Laporan Harian Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 3/2010 - 1st Day

Tarikh : 2 Disember 2010
Tempat : Temerloh (SMJKC KHEE CEE)
Jurulatih : Mokhtar Zainal Abidin dan Mohd Saufee
Atlet : 12 orang
Acara : Regu 21, Regu 18 dan Double

Hari Pertama 02 Disember 2010

Pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang memulakan perjalanan untuk ke Temerloh, Pahang jam 7.00 pagi dan sampai jam 3.45 petang. Kebanyakan atlet berkumpul di MSNPP dan menginap di Hotel Green Park.

Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh. Pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang Regu 21 tahun ke bawah telah di undi berada dalam kumpulan B bersama pasukan Negeri Sembialn dan Johor. Regu 18 tahun ke bawah telah di undi dan berada di dalam kumpulan C bersama pasukan Pahang dan Majlis Sukan Sekolah Pahang. Regu Double telah di undi dan berada dalam kumpulan B bersama Pasukan Selangor dan Johor Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Regu Double Pasukan Pulau Pinang dalam akan meneruskan perjuangan dengan menentang pasukan dari negeri Selangor pada perlawanan pertama jam 8.30 pagi. Untuk regu 21 dan 18 tahun ke bawah jadual kejohanan masih dalam rombakan dan akan dimaklumkan esok jam 8.00 pagi.

Sasaran untuk JSM untuk kejohanan in bagi Regu 21 tahun mara ke peringkat separuh akhir. Manakala sasaran untuk regu double mara peringkat suku akhir dan sasaran regu 18 tahun ke bawah untuk mara ke separuh akhir. Sekian, terima kasih
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff


































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved