Sunday, December 5, 2010

Laporan Harian Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 3/2010 - PP kandas di Suku Akhir

Tarikh : 4 Disember 2010
Tempat : Temerloh (SMJKC KHEE CEE)Jurulatih
Hari Ketiga Kejohanan 4 Disember 2010
Regu 21 tahun ke bawah pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinangterkandas di peringkat suku akhir dengan pasukan Perak 2-1 tie break. Apit kiri Mumahad Alif Abdullah telah mengalami kecederandipergelangan buku lali maka corak permainan agak kurang agresif.
Regu 18 tahun juga mengalami nasib yang sama apabila apit kanan Muhamad Dzahir Ishak mengalami kecederan pada set pertama dan saingan dipusingan peringkat suku akhir tumpas kepada pasukan Selangor 2-0.
Regu double terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Sekolah Sukan BandarPenawar A dan tewas diperingkat suku akhir 2-0.
Ulasan dan cadangan.
Hasil pemerhatian keseluruhan permainan pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang didapati prestasi pemain agak kurang konsisten. Regu 21dan 18 tahun ke bawah perlu memperbanyakan latihan tubi dan latihankecergasan yang cukup untuk mepersiapkan diri pada kejohanan yang akandatang. Jurulatih perlu rujuk kepada ISNPP untuk mengemaskinikanprogram latihan dalam usaha memantapkan Pasukan Sepaktakraw PelapisPulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved