Thursday, January 28, 2010

TID Sukan Memanah - SMK Abdullah Munshi

Program : TID Memanah di SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang
Tarikh : 26hb & 27hb Januari 2010
Masa : 3.00pm - 5.00pm

Rentetan daripada Program Sehari Bersama MSN P.Pinang pada 23/01/2010 yang lalu, Jurulatih telah mengenalpasti bakat-bakat baru dari sekolah tersebut iaitu seramai 39 orang daripada tingkatan 1 dan 2. Sambutan amat menggalakkan dan daripada program tersebut, satu tid yang spesifik telah diadakan pada 26hb & 27hb Januari 2010 (Selasa & Rabu).
Daripada 39 orang yang dipilih, hanya 19 orang yang layak untuk diketengahkan bakat dengan lingkungan umur 13 & 14.Setelah berbincang bersama Cikgu Iqbal (Penyelaras Sukan SMK Abd Munshi), pihak kami bersetuju untuk menjalani latihan di sekolah dan dilatih oleh JPM Memanah En.Jaffery Low pada setiap Khamis jam 2.30pm - 4.30pm.Pada hari lain (Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu) perlu menjalani latihan di PLN Memanah Batu Uban.

Sekian, terima kasih
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved