Friday, January 8, 2010

Lawatan KUN ke ASZU - Berbasikal

Tarikh : 07 Januari 2009
Masa : 4.00 Petang
Tempat : ASZU, Bukit Mertajam

Saya melapangkan masa untuk melawat & memantau latihan skuad berbasikal ASZU petang semalam. Latihan bermula jam 4.00 petang dibawah seliaan coach Razak Khamis & Eddie. Tujuh (7) atlet yang terdiri daripada tiga (3) atlet wanita & empat (4) atlet lelaki bersedia untuk menjalani latihan.

Saya dimaklumkan latihan pada sesi pagi atlet-atlet ini telah berkayuh sejauh 110 KM dari B.Mertajam ke Sedim, Kedah manakala untuk sesi petang ini atlet-atlet akan berkayuh ke Kulim, Kedah yang jaraknya lebih kurang 70 KM dari Akademi.

Saya dimaklumkan jurulatih bahawa tiub tayar telah kehabisan & mohon untuk pembekalan segera alat ganti berkenaan kerana bimbang program latihan terjejas. Tiub yang ditampal @ ditampung tidak mampu bertahan lama kerana jarak kayuhan latihan agak jauh.

Kepada semua atlet berbasikal ASZU, teruskan usaha untuk mecapai kecemerlangan.
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved