Friday, January 8, 2010

Lawatan KUN ke ASZU - Olahraga

Tarikh : 07 Januari 2009
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, B.Mertajam


Saya juga turut meninjau seketika di Stadium Kompleks Sukan MPSP dimana atlet-atlet Olahraga menjalani latihan. Kehadiran saya disambut dengan senyuman oleh coach Thambu & coach Saravanan & atlet-atlet yang menjalani latihan. Manakala coach Juraimi pula ke Gym A.Berat untuk latihan bebanan bersama atletnya. Latihan berjalan baik & lancar.

Saya dimaklumkan oleh coach Thambu bahawa atlet-atlet ini akan dibawa ke venue latihan yang lain pada hujung minggu. Ini bagi memastikan atlet tidak bosan dengan suasana latihan yang hanya tertumpu di trek ini sahaja. Antara venue yang dipilih adalah Stadium Negeri Batu Kawan & Taman Botani di sebelah Pulau.

Terima kasih kepada coach-coach yang begitu proaktif mempelbagaikan corak latihan untuk kecemerlangan atlet-atlet di ASZU. Kepada semua atlet, teruskan usaha.

warm up session..

berbincang sesuatu sebelum melulakan latihan..


gigih menjalani latihan ..our future champions from ASZU..


kongsi pendapat bersama jurulatih..


good..komitmen yang tinggi dari coach & atlet..





1 comments:

Anonymous,  January 9, 2010 at 11:18 PM  

bagus la KUN turun padang...baru la banyak masalah boleh selesai

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved