Wednesday, January 13, 2010

Lawatan ke PLN - Kelab Menembak Pulau Pinang

Tarikh : 12 Januari 2009 (Selasa)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Lawatan ini dilakukan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf PLN ini dengan pemasangan aircond di arena 10 Meter, tingkat atas Kelab Menembak ini. Hadir sama semasa sesi ini KUN & Mr. Ooi, Setiausaha Kelab. Hasil tinjauan didapati empat (4) unit aircond, lampu, dinding penghadang telah siap dipasang. Pihak kami dimaklumkan oleh kontraktor, projek naik taraf Pusat Latihan bantuan dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ini, kini telah 90% siap dan dijangka dapat digunapakai sepenuhnya dalam dua (2) minggu lagi.

Semasa sesi ini juga, didapati dua (2) orang atlet sukan ini datang untuk menjalani latihan. Namun, latihan terpaksa dilakukan secara bersendirian sementara menanti latikan baru jurulatih yang kini dalam proses.

Sekian,

Laporan Oleh : Jannatul Firdaus Idris, PPN USPTN




kerja-kerja fasa akhir giat dijalankan ..





KUN & SU Kelab diberi penerangan tentang status projek ..



aircond yang telah siap dipasang ..




satu (1) bay yang telah siap sepenuhnya ..





dua (2) orang atlet yang menjalani latihan ..






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved