Monday, December 7, 2009

TAKLIMAT KEM TAHUNAN PELAPIS 2009

Tarikh : 1 Disember 2009
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

Kem Tahunan Pelapis 2009 anjuran Caw. Pelapis Majlis Sukan Negara akan diadakan pada 07 - 13 Disember 2009 bertempat di UKM, Bangi. Seramai 13 orang atlet dari Program Pelapis Negeri Pulau Pinang telah terpilih iaitu 3 atlet Olahraga, 2 atlet Terjun, 2 atlet Memanah & 6 atlet Gimnastik. Selain itu, 2 Jurulatih Penuh Masa (JPM) & seorang PPN Unit juga terlibat dalam Kem ini.
Sebagai persiapan awal, pihak Unit telah mengadakan satu taklimat khas bersama atlet yang terpilih bersama ibubapa mereka. Ini bagi memastikan ibubapa tahu dan faham serta dimaklumkan tentang jadual & program yang akan dilalui oleh anak-anak mereka. Sesi taklimat ini juga memperingatkan kepada semua atlet tentang keperluan yang perlu dibawa semasa hadir ke Kem kelak. Ibubapa juga bebas untuk bertanya dan sesi soaljawab ini sedikit sebanyak meyakinkan mereka tentang Kem yang dianjurkan ini.
Pihak USPTN sentiasa akan membantu & memberikan yang terbaik demi kemajuan sukan di negeri. Kepada semua ibubapa yang hadir, terima kasih atas sokongan.






1 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved