Wednesday, December 9, 2009

PERBINCANGAN PPN BERSAMA SETIAUSAHA PERSATUAN BADMINTON

Tarikah : 4hb Disember 2009
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Pejabat USPTN

Perjumpaan telah diatur oleh PPN/SDO USPTNPP bersama Setiausaha Persatuan Badminton Pulau Pinang untuk membincangkan perkara berikut;

1. Pemilihana Atlet program Cawangan Pelapis bagi tahun 2010
2. Kalendar Program/Pertandingan bagi tahun 2010
3. Perlanjutan Kontrak JSM bagi tahun 2010
4. Pembukaan Pusat Latihan Badminton di Titi Mukim, Seberang Perai Utara di kelolakan oleh
JPM.
5. Lain-lain Hasil dari perbincangan :
1. Persatuan akan menyerahkan nama-nama atlet yang akan diserapkan kedalam program
Cawangan Pelapis tahun 2010 pada bulan January 2010
2. SU PBPP akan mendapatkan Kalendar Pertandingan 2010 dari pihak BAM dan akan
menghantar kepada pihak USPTN dengan secepat mungkin.
3. Pihak USPTNPP memohon pihak Persatuan memberikan surat sokongan untuk Perlanjutan
Kontrak Empat JSM bagi tahun 2010. SU PBPP memaklumkan pihak Persatuan menyokong
Perlanjutan Kontrak JSM 2010 dan akan memberikan surat sokongan kepada USPTNPP
secepat mungkin.
4. Pihak Persatuan tiada masalah untuk JPM mengadakan latihan di Titi Mukim yang
dicadangkan oleh pihak USPTNPP.
5. Lain-lain :
5.1 PPN/SDO telah memaklumkan kepada pihak Persatuan semua pembayaran Bantuan
Program 2009 telah diselesaikan, hanya tinggal satu program yang akan berlangsung dalam
bulan Disember. PPN/SDO memohon pihak Persatuan menghantarkan setiap resit
perbelanjaan yang dipohon dihantar selepas seminggu kembali dari kejohanan untuk
mengelakkan kelewatan pembayaran.
5.2 SU PBPP memohon agar dimaklumkan jumlah cuti yang diperolehi oleh JPM bagi tahun
2010 dan PPN/SDO memaklumkan kepada persatuan setiap pergerakan JPM melalui
email.
5.3 SU PBPP memohon agar memaklumkan jadual tugasan dan jumlah jam JPM bekerja untuk
sehari.
5.4 SU PBPP memohon agar JPM bertugas dari 3.00 petang hingga 7.00 malam di Pusat
Latihan Negeri di Bukit Dumbar, Pulau Pinang sebelum Pusat Latihan di Titi Mukim di
mulakan.
5.5 PPN/SDO memaklumkan kepada SU PBPP akan membincangkan perkara 5.2 hingga 5.4
bersama dengan KUN dan akan memaklumkan kepada pihak SU PBPP sebelum bermulanya
tahun 2010.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil, PPN USPTN




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved