Tuesday, December 15, 2009

KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA KEBANGSAAN KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Dilampirkan adalah maklumat/laporang ringkas penyertaan atlet pelapis pulau pinang ke kejohanan di Langkawi Kedah, Darul Aman.
Program : Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009
Tarikh : 6hb hingga 10hb Disember 2009 (Pulang 11hb Disember 2009)
Venue : Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman
Penyertaan : 8 orang (1 SDO / 1 JSM / 6 Atlet.

Kejohanan perahu layar di sertai oleh seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, New Zealand dan lain2. Berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 6hb sehingga 10hb Disember 2009. Negeri Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Sukma yang diketuai oleh JPM Ismail Ghani dan Pasukan Pelapis yang dilatih dibawah bimbingan JSM Muhammad Shah Bin Ismail. Seramai 6 pelayar telah mewakili Pasukan Pelapis Pulau Pinang didalam meneruskan cabaran ke kejohanan ini. Atlet Pelayaran Pulau Pinang telah menyertai 2 acara iaitu Optimist dan Laser 4.7. Penyertaan dari Pelapis Pulau Pinang terdiri daripada :-
a) Shahashuhaida Binti Tarmuzi - SDO
b) Muhammad Shah Bin Ismail - JSM Pelayaran
c) Katherine Ong Xian Yean -Atlet Optimist
d) Mohd Amirul Asyraf Bin Fauzi - Atlet Optimist
e) Mohd Amir Bin Pawanchik - Atlet Optimist
f) Mohd Syazwan Bin Abu Suffian - Atlet Optimist
g) Norainisah Binti Ismail - Atlet Laser 4.7
h) Mohd Hafiz Bin Zuraimi - Atlet Laser 4.7
SDO telah diberi peluang untuk melihat dari dekat ditengah laut bagaimana race ini berjalan, dimana starting line, dimana boay(point)diletakkan dimana setiap pelayar perlu melalui point2 yang telah diletakkan, melihat juri menjalankan tugas sebagai teknikal dan bagaimana keadaan pelayar ketika kejohanan dijalankan. Terima kasih kepada Jurulatih Negeri Sembilan kerana sudi menumpangkan bot dan memberi peluang melihat lebih dekat sepanjang perjalanan kejohanan ini berlangsung.
Dari segi prestasi atlet, jurulatih telah menetapkan sasaran (ranking) setiap atlet dan keputusan amat kurang memuaskan kerana penyertaan kali ini disertai atlet pelapis kedua yang baru (2nd team) kerana atlet pelapis yang pertama (1st team) telah terpilih memasuki skuad latihan Sukma 2010 pada bulan November 2009 yang lalu. Mereka ialah Muhammad Hasbullah, Mohd Qayyum, Muhammad Shahrul Aiman, Geh Chiew Lin, Koe Sin Yee dan Mohd Shahfimi. Berharap pada tahun hadapan prestasi atlet dapat dipertingkatkan dan mencapai sasaran (ranking) yang ditetapkan. Maklumat penuh prestasi atlet seperti dilampiran. Semoga tahun hadapan prestasi atlet dapat di tingkatkan dan kejohanan ini merupakan penyertaan terakhir bagi atlet pelayaran pelapis.Jumpa di tahun hadapan dengan semangat yang baru dan semoga mendapat mencapai sasaran yang disasarkan. Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN
Kejohanan sedang berlangsung ..

Kenangan .. PPN bersama barisan atlet Pelapis Negeri

Barisan Pelayar siap sedia digarisan permulaan


1 Pasukan ..atlet bekerjasama menyiap & membetulkan layar ..



cheasee..all the best !!










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved