Monday, December 7, 2009

PERJUMPAAN PPN BERSAMA ATLET MEMANAH

Pada hari Ahad (06/12/2009) saya ada membuat satu perjumpaan bersama atlet memanah. Laporan ringkas seperti berikut :-
Program : Perjumpaan Bersama Atlet Memanah Pulau Pinang
Venue : Padang USM, Pulau Pinang
Tarikh : 06 Disember 2009 / Ahad

Perjumpaan ini diadakan selepas pertandingan Sukan Pulau Pinang (SUKPEN IV) 2009 diadakan. Tujuannya adalah untuk berjumpa semua atlet dan memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu tentang :-
1.Kehadiran yang kurang memuaskan. Perlu tingkatkan latihan, seramai 5 orang menghadapi
peperiksaan SPM dan selebihnya perlu datang ke latihan memanah.
2.Disiplin perlu ditingkatkan lagi jika mahu berjaya.
3.Program bulan Disember 2009 dan setiap atlet dibawah program perlu menghadiri program
ini. (Cadangan, latihan di PKSA-Pusat Kegiatan Sukan Air dan latihan di Batu Feringghi)
4. Program Januari 2010Pada 9 & 10 Januari 2010, akan diadakan satu pemilihan atlet memanah
untuk diserapkan ke 2 program iaitu Program Skuad SUKMA 2010 dan Program Pelapis (Kat 1
& Kat 2). Atlet perlu berlatih supaya nama mereka tersenarai. Pemilihan ini akan ditawarkan
ke sekolah2 yang ada kelab memanah.Surat tawaran juga akan diberikan kepada yang
berjaya dan mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak MSNegeri (Sukma) &
MSNegara (Pelapis).
Perjumpaan tamat jam 2.30 petang.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved