Tuesday, December 8, 2009

SUKPEN IV 2009 - Memanah

Berikut adalah laporan ringkas tentang penyertaan atlet memanah yang menyertai kejohanan Sukan Penang IV (SUKPEN) 2009.
Venue : Padang USM Pulau Pinang
Tarikh : 05 hingga 06hb Disember 2009
Penglibatan Atlet Memanah Sukma, Pelapis & Pembangunan : 25 orang (Recurve & Compound)

Seramai 25 orang atlet memanah dibawah program Majlis telah menyertai kejohanan ini. Ini termasuk atlet yang berlatih di UiTM, UTM dan tamat SPM. Setiap atlet dipecahkan mengikut daerah tempat penginapan mereka. Di kejohanan ini ada 5 daerah yang menyertai kategori recurve dan compound di pertandingkan di peringkat negeri kerana kekurangan atlet compund di daerah. Daerah yang mengambil bahagian adalah Daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah. Pencapaian atlet dibawah program iaitu atlet wanita recurve, Salina & Siti Fatimah tidak memuaskan. Bagi atlet lelaki recurve, pencapaian memuaskan.Untuk Compound lelaki dan wanita, amat memuaskan dan perlu tingkatkan latihan.Keputusan penuh kejohanan akan dimaklumkan kemudian. Keseluruhannya, amat memuaskan cuma perlu tingkatkan latihan sahaja dan penumpuan kepada pasukan recurve wanita perlu dinaikkan.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved