Saturday, April 24, 2010

LAPORAN HARIAN SUKAN MENEMBAK KARNIVAL PELAPIS 1/2010 - HARI PERTAMA

Tarikh: 23 April 2010
Masa: 8.00 am - 7.30 pm
Tempat: Lapang Sasar Pokok Sena, Alor Setar, Kedah

Acara Air Rifle Wanita bermula. Pasukan Pulau Pinang tidak mengambil bahagian kerana tiada atlet dalam kaegori 16 Tahun kebawah ini. Acara terpaksa dihentikan seketika pada 9.15 am kerana bekalan elektrik terputus di sekitar kawasan Pokok Sena. Bekalan pulih sepenuhnya pada 11.15 am dan acara disambung semula sehingga jam 1.15 pm.

Tepat jam 2.30 pm, acara Air Pistol Lelaki bermula. Hanya seorang atlet Pulau Pinang bertanding iaitu Mohd Shazani dalam kategori individu. Dalam pusingan kelayakan, beliau telah mencatatkan markah tertinggi dengan bidikan berjumlah 544 mata & seterusnya layak ke pusingan akhir, dengan perbezaan 20 mata dari pencabar terdekat dari Pahang.

Pada jam 5.30 pm, acara akhir Air Pistol Lelaki bermula. Mohd Shazani berjaya mengekalkan kedudukan beliau dengan bidikan yang konsistensekaligus memenangi pingat Emas dalam acara ini. Tepat jam 7.30 pm, pasukan bertolak balik ke hotel bersama pasukan Pahang, Sabah & Perak dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh tuan rumah.

Sekian laporan hari pertama sukan Menembak Karnival Sukan Pelapis Negeri 1/2010

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor









Read more...

LAPORAN HARIAN PASUKAN SILAT OLAHRAGA KARNIVAL PELAPIS 1/2010

Laporan Harian Silat Olahraga Karnival Pelapis Negeri 1/2010 Kedah

Tarikh: 23 April 2010
Masa: 6.00 a.m- 6.30 am
Tempat: Dewan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah.

Pada hari ketiga Karnival, atlet Silat Olahraga Pulau Pinang iaitu Nazirah bt Mohd Nasir telah berjaya ke peringkat suku akhir Kelas Putri F. Atlet silat tersebut telah dijadualkan bertemu lawannya dari Pelapis Negeri Terengganu iaitu Nurul Zuraida. Dalam perlawanan tersebut, atlet Silat Olahraga Pulau Pinang tewas dengan kiraan 5-0.

Skuad Pelapis Silat Olahraga Pulau Pinang menerima tamparan hebat sepanjang Karnival ini berlangsung apabila episode duka dimulakan dengan atlet Mohd Hilmi Akmal bin Zakaria tidak dibenarkan beraksi kerana melebihi had umur (lebih bulan). Selepas itu, atlet Sharifah Izatul Nadia pula tewas secara Teknikal kepada pesilat Perlis. Lebih malang lagi atlet tersebut mengalami kecederaan di bahagian jari manis. Skuad Silat Olahraga Pelapis Pulau Pinang telah menamatkan saingan pada hari ketiga Karnival.

Sekian, laporan hari ke-3 Karnival Sukan Pelapis Negeri 1/2010 Kedah.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor









Read more...

LAPORAN SUKAN PING PONG KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010

Laporan Harian
Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan telah diadakan pada 22 April 2010 pada jam 8.30 malam bertempat di Hotel Grand Crystal.
Tarikh : 23 April 2010
Masa : 9.00 am - 4.00 pm
Tempat : SMJK Keat Hwa II, Alor Setar
Pada hari ini 5 acara dipertandingkan iaitu;
Perseorangan Lelaki 13 - 15 Tahun
Perseorangan Lelaki 16 -17 Tahun
Perseorangan Wanita 16 - 17 Tahun
Bergu Campuran 13 -15 Tahun
Bergu Campuran 16 - 17 Tahun
Secara keseluruhanya kesemua perlawanan berjalan lancar & baik pada hari pertama kejohanan untuk sukan Ping Pong ini. Pasukan Pulau Pinang berjaya merangkul 1 Pingat Perak & 4 Gangsa untuk hari ini. Pencarian pingat seterusnya akan diteruskan esok.
Laporan Oleh : Quah Wei Loon













Read more...

Friday, April 23, 2010

SESI PENDIDIKAN PSIKOLOGI SUKAN ATLET TENPIN BOWLING

Tarikh : 21/04/2010
Masa : 4.30-5.30 petang
Tempat : Mega Lanes, Megamall Pulau Pinang.
Bilangan atlet : 12 orang
Jurulatih : Kim Eun Jung
Kehadiran Atlet : 12 orang (10 orang terdiri dari Atlet Cawangan Pelapis)

1. Tan Wooi Seong
2. Mohd Afiq Wafiy
3. Mohd Danial
4. Mohd Nazmi
5. Aiman Faiz
6. Mohd Kamarul Nizam
7. Eugene Oh Chern Yu
8. Amanda Khong
9. Izzati Zuhaili
10. Siti Nur Nadia
11. Fatin Hazwani
12. Aimi Fatin
Aktiviti- aktiviti:

a) Pengenalan Psikologi Sukan
b) Profil Atlet
c) Ujian Psychological Performance Inventory (PPI)

Sesi ini bertujuan untuk mendedahkan atlet kepada Psikologi Sukan serta membantu atlet mempelajari teknik-teknik kemahiran mental serta meningkatkan kemahiran mental mereka.

Seramai 12 orang atlet telah menghadiri sesi yang bermula pada pukul 4.30 petang. Sesi bermula dengan sesi suaikenal antara Psikologis serta atlet. Ini kerana ini adalah kali pertama Psikologis berjumpa dengan atlet. Pada sesi pertama ini, Psikologis telah memberi sedikit pengenalan mengenai apa itu Psikologi Sukan, kepentingannya dan bagaimana Psikologi Sukan dapat membantu atlet dalam meningkatkan prestasi mereka didalam sukan yang mereka ceburi.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan atlet mengisi boring Profil Atlet yang mana ia bertujuan untuk Psikologis mengenali latar belakang atlet dan sebagai rujukan dimasa hadapan. Selepas itu sesi diteruskan lagi dengan Psikologis menerangkan kepada atlet mengenai prestasi dan kaitannya dengan motivasi. Sebelum sesi berakhir, atlet telah diberi satu ujian Psikologi sukan iaitu “Psychological Performance Inventory”. Ujian tersebut adalah sebagai asas (baseline) kepada tahap kekuatan mental atlet. Sesi tamat pada pukul 5.30 petang.

Respons:

Sepanjang satu jam sesi bersama atlet Tenpin Boling, Psikologis mendapati atlet-atlet telah memberi kerjasama yang baik dan memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan. Oleh itu Psikologis tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bersama dengan atlet. Atlet-atlet juga banyak bertanya, terutamanya mengenai kerisauan (anxiety) yang mereka hadapi semasa pertandingan. Oleh itu Psikologis merasakan terdapat keperluan untuk bertemu dengan atlet dan mengadakan sesi kaunseling. Tempat yang disediakan juga sangat bersesuaian dan selesa.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil & ISNPP








Read more...

SILAT DUKA, TINJU CERIA, HARI PERTAMA BUKA GELANGGANG KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 KEDAH

Tarikh : 22 April 2010
Venue : Dewan Dato' Syed Omar, Alor Setar

Gelanggang Silat Olahraga dibuka hari ini. Pesilat Pulau Pinang Sharifah Izatulnadia bt Syed Dahlan turun ke gelanggang B dalam perlawanan ke-lapan menentang pesilat dari Perlis Norashikin Amira bt Mohd Nizam dalam Kategori / Kelas C Puteri.

Mendahului lawan dengan agak selesa dari pusingan pertama hingga penghujung pusingan ketiga. Namun sedikit kesilapan dengan tumbukan ke arah muka pihak lawan yang membawa pendarahan yang agak teruk menyebabkan juri terpaksa menghentikan perlawanan dengan memberi kemenangan secara Teknikal kepada pesilat dari Perlis berkenaan.

Menurut jurulatih, Shuhari Hj Chin, kesilapan kecil begini sememangnya boleh menghukum atlet berkenaan walaupun mendahului selesa. Beliau akur dengan apa yang terjadi namun berpuas hati dengan prestasi atlet kita yang kalah secara Teknikal. Kekalahan Sharifah Izatul juga terpaksa 'dibayar' dengan jari manis tangan kirinya patah dan telah diberi rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.








Sementara itu, disebelah petangnya pula 2 (dua) atlet tinju turun ke gelanggang di Stadium Sultan Abdul Halim. Mereka adalah C. Kubendran yang turun dalam kategori 69kg dan Rafa'el Mika'el
dalam kategori 48kg. Kedua-dua peninju berkenaan berjaya menewaskan lawan masing-masing dan mara ke pusingan seterusnya. Tahniah diucapkan.

















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved