Wednesday, November 29, 2017

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 (Selasa hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 28 November 2017 bermula jam 7.30 malam dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 5.00 petang.

Sebanyak 9 negeri dan 1 negara Singapura telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pahang, Perak,Sabah, Sarawak dan Kedah

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori U8 (group exercise), Gred 5, Gred 4 dan U10. Pendaftaran telah dilakukan seramai 15 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Choong Shu Qi, Choong Shu Hui, Stephanie Lean Yen Er, Lim Yi Hui, Angel Chen En Rou, Gracia Kuan Han Yi, Angel Tan En Qi, Lee Jing Ying, Nicole Cheng Qi Ern, Lee Jing Ying, Alicia Boon, Angie Tan En Qi, Iris Tan Yi Hong dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku kepada seorang gimnas Pulau Pinang iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 serta perlu menarik diri dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017 & KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF SIRKIT 2/2017

 Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017 telah memasuki hari kedua dan hari terakhir bagi kedua-dua kejohanan yang berlangsung serentak.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 8 apparatus bagi kategori Junior. Namun begitu atlet hanya dapat bertanding dalam kategori individu kerana tidak cukup penyertaan 4 gimnas bagi mengumpul markah satu kumpulan. Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 9.00 malam. 

Keputusan kejohanan kali ini tidak memuaskan kerana atlet tidak cukup masa untuk menjalani latihan bersama jurulatih separuh masa. Walaubagaimanapun atlet tetap berusaha untuk bertanding pada hari ini.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN 2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.650 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.050 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

Sekian sahaja laporan pada hari kedua dan terakhir Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017

Tarikh : 27 November 2017 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28, 2017 pada 27 hingga 28 November 2017 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 27 November 2017 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 1.30 hingga 3.30 petang. Sebanyak 6 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Selangor, Pahang, Perak,Sabah dan Pelapis Kebangsaan.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan. Oleh itu, pasukan Pulau Pinang hanya dapat bertanding dalam kategori individu dan tidak dapat mengumpul markah bagi kategori berkumpulan disebabkan minimum apparatus diperlukan ialah 12 dan pasukan Pulau Pinang hanya melakukan 8 apparatus. Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku dan tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, November 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 19 November 2017 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Sg Nibong, Georgetown

KEHADIRAN
1. Master Rajaderan A/L Rengasamy - JSM
2. Master Gunasegaran Maniveloo – JPM MSNPP
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 atlet

LATIHAN
1. Grading Test (Stances, Blocks, Strike & Kicks)

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet akan menyertai Kejohanan Taekwondo Antara Daerah negeri Pulau Pinang Fasa 2/2017 pada 25 November 2017 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Sebanyak 5 daerah akan terlibat sepaanjang kejohanan berlangsung.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil seperti Kicking target, Body Target dan penimbang.
- Pihak Unit masih menunggu sebut harga daripada Persatuan bersama surat permohonan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Pihak Unit masih menunggu sebut harga daripada Persatuan bersama surat permohonan. PPN memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan tersebut adalah pada atau sebelum 30 November 2017. Kelewatan permohonan tidak akan dilayan.
3. PPN memaklumkan bahawa Persatuan masih mempunyai 1 kuota kejohanan bagi tahun ini. Kejohanan yang akan disertai adalah Kejohanan Taekwondo National Interclub yang dijangka pada 15 hingga 17 Disember 2017 di Negeri Sembilan.
4. Jurulatih akan membuat rombakan pada semua atlet yang berada di dalam program selepas kejohanan terakhir. Atlet yang melepasi kriteria akan dimasukkan dalam program bagi tahun 2018.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 18 November 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : MSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTN
2. Mariani bt Sanawi - Pegawai ISN P. Pinang
3. Ahmad Zaidi Bin Mohd Rosdi - Pegawai ISN P. Pinang
4. Pelajar Praktikal ISN P. Pinang
​5. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. 20 Orang atlet

UJIAN
Ujian Kecergasan Fizikal Fasa 3/2017 sukan Tenpin Boling

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Sport Excel National Junior Circiut 2017 Grand Final pada 18 hingga 19 Disember 2017
2. Piala Remaja Milo Ranking Masters 2017 Grand Final dijadualkan pada tarikh 27 Disember 2017 di Mega Mall Bowling Centre,   Seberang Prai, Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Atlet-atlet menjalani Ujian Kecergasan Fizikal 3/2017 di bawah seliaan pegawai dari ISN Pulua Pinang.
2. Antara jenis ujian yang dijalankan adalah anthropometric measurement (in body test), sit and reach test, hand grip test, standing broad jump test dan bleep test.
3. Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Dalaman Doubles Tenpin Bowling Tournament pada 26 November 2017 di Classis Bowl, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.
4. Mesyuarat JKK Bil. 2/2017 telah dijalankan pada 8 November 2017.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved