Tuesday, December 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Disember 2016 (Ahad)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 16 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 2/2016 dicadangkan untuk dijalankan pada 20 Disember 2016

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Mutiara Open 2016, yang sedang berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016 dikelola oleh Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Sebanyak 36 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini dan pasukan pelapis Pulau Pinang menghantar 8 pasukan untuk bertanding.
2. Prestasi atlet pada kali ini agak terganggu apabila mereka dan jurulatih perlu mengeringkan green yang banjir setelah hujan lebat pada 12 Disember 2016 lalu pertandingan lewat bermula pada jam 12.00 tengah hari.
3. Sebanyak 3 pasukan pelapis berjaya berada dalam kedudukan terbaik. Pasukan Pulau Pinang B mendapat kedudukan 4/36, Pasukan Pulau Pinang D mendapat kedudukan 10/36 dan Pasukan Pulau Pinang E mendapat kedudukan 15/36.
4. Pihak persatuan telah mencuba yang terbaik untuk menganjurkan pertandingan pada kali ini namun faktor luaran seperti cuaca tidak dapat dielakkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 9 Disember 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN

1. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Mariani Bt Sanawi - Ketua Unit ISNPP

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Physical Test 2/2016 oleh ISNPP
2. Floor Exercise

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dijalankan hari ini 9 Disember 2016 jam 8.00 malam untuk MAG. 

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan 

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet yang dibawah program Pelapis Pulau Pinang wajib menghadirkan diri untuk Ujian Kecergasan pada kali ini, cuma Liew Kai Jack mendapat pengecualian diatas sebab persekolahan yang perlu hadir.

2. Pihak ISNPP telah menjalankan "battery test" seperti berikut:
i. Anthropometric
 - Weight
 - Height

ii. Power
 - Standing Long Jump

iii. Speed
 - 10m sprint
 - 20m sprint

iv. Flexibility
 - Shoulder Flexibility Test
 - Split Test

v. Strength
 - Hanging Pike
 - Over grip pull ups
 - Max Push Ups

3. Keputusan serta perbandingan ujian kecergasan siri 1 dan siri 2 akan dibentangkan dari pihak ISNPP kepada jurulatih.
4. Atlet dan jurulatih menjalani latihan seperti biasa selepas ujian kecergasan MAG selesai dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, December 9, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DAN PEMILIHAN ATLIT KE KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2016

Pada  8 Disember 2016 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai petinju dari Pusat LatihanTinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang. Hampir 20 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan siri 3/2016 pada 12 hingga 16 Disember 2016 di Pusat Latihan Tinju Negeri Kedah,Pekan Sik,Kedah Darul Aman 

Seramai 20 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam.Selain itu juga Jurulatih Pak Johnny berkongsi tip-tip berkenaan tinju kepada atlit sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan teknik masing-masing. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 7 Disember 2016 (Rabu)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 32 orang

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Kawalan gelanggang (rejaman, umpanan & hadangan)
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon jaring tahanan bola memandangkan yang sedia ada telah koyak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. PPN ada berbincang bersama jurulatih untuk mencadangkan nama jurulatih yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Daerah yang dipilih. Nama tersebut akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan untuk persetujuan bersama.
3. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 3 Disember 2016 di Melaka. Pencapaian pada kejohanan tersebut memenangi 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa untuk kategori regu 15 tahun.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih untuk menghantar surat penyambungan kontrak bagi tahun 2017.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, December 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 6 Disember 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Zhang Jiquan - JLN MSNPP
2. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Non acrobatic elements
3. Strength and hold elements

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dicadangkan akan berlangsung pada 9 Disember 2016 jam 8.00 malam untuk MAG. 

PERTANDINGAN

1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan 

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. JPM MSNPP memaklumkan pada tahun hadapan JLN MSNPP akan diberhentikan dan hanya tinggal beliau untuk menjalani latihan bagi atlet pembangunan. Oleh itu beliau ingin memohon jasa baik pihak USPTN untuk melantik seorang JSM bagi membantu beliau menjalani latihan.
2. Kehadiran atalet agak memuaskan namun ada beberapa orang atlet telah pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung.
3. Keadaan lampu di gimnasium masih dalam proses pembaikan dan PPN memaklumkan kepada jurulatih sekiranya ada proses pembaikan mohon memberhentikan latihan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.
4. PPN dan Unit Sukan JPNPP telah berbincang sekiranya SSM memerlukan atlet dari negeri boleh berbincang dengan jurulatih dan pengurus dari pihak JPN. Ms Foo Lily telah memaklumkan 3 orang atlet MAG telah dipilih ke SSM pada Januari 2017. Mereka adalah:
i, Soon Khye Ze - Sekolah Sukan Malaysia Pahang
ii. Desmond Chung Chun Hao - Sekolah Sukan Malaysia Pahang
iii. Yap Zi Yi - Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
5. Pada kejohanan yang lepas, prestasi atlet agak memberangsangkan walaupun hanya menjalani latihan beberapa hari selepas pemasanagn bumbung di gimnasium lengkap. Jurulatih memaklumkan beliau berpuas hati kerana latihan yang amat singkat namun atlet masih dapat menunujukkan prestasi yang baik. Namun begitu beliau memaklumkan masih banyak perlu diperbaiki. Berikut merupakan keputusan kejohanan yang disertai oelh MAG Pulau Pinang (Pasukan Pelapis) :

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016, Melaka (B-8 Tahun) 30/11-3/12/2016 (MAG)

TEAM EVENT - EMAS
Liew Kai Jack
Anson Tan Yu Hang
Tan Yi Han
Adam Khalish
Reeve Chong
Adam Ieman

RINGS - EMAS
Liew Kai Jack

INDIVIDUAL ALL AROUND - PERAK
Liew Kai Jack

RINGS - PERAK
Tan Yi Han

Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Siri 2/2016- 2-4/12/2016 (MAG)

MAG - CLASS 2 (9-10 Tahun) - EMAS
Wilson Yeoh Wei Sin 

MAG - CLASS 3 (11-13 Tahun) - PERAK
Max Ho Kai Zhen
Desmond Chung Chun Hao
Soon Khye Ze
Yap Zi Yi

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved