Monday, March 12, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 9hb Mac 2012
Masa Pemantauan : 2.40pm - 4.40pm
Masa Latihan : 3.00pm - 6.00pm
Tempat : Sek. Men. St.George (P), P.Pinang

Kehadiran :1. JSM Shamani Ganesen
2. Atlet - 3 Lelaki & 6 Wanita

Latihan
1. Free Shot 70m - 1 jam
2. Scoring untuk 70m

Ujian
1. Tiada ujian dijalankan

Pertandingan
1. Seramai 8 atlet recurve & 8 atlet compound akan menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 1 di Melaka pada 20-26 Mac 2012.
2. Pemilihan akan diadakan di pln ini pada Sabtu (10hb) jam 8.30am menggunakan format pertandingan double 70m kerana kekangan masa. Ini disebabkan seramai 9 atlet mengikuti kem latihan MSSM di Sek.Men.Kg.Selamat selama seminggu dan berakhir pada hari ini.

Kecederaan
1. TiadaPeralatan1. Peralatan yang dibekalkan oleh pelapis telah diterima dan mengambil 1 dozen arrow ACC 560, Fletcher 2 peket,Nock dan Limb sepasang.

Program Binaan
1. Akan diadakan Klinik Pengenalan Sukan Memanah di Sek. Ren. Residensi dan telah mendapat persetujuan secara verbal dari PK Koko Pn. Amutha. Akan dibincangkan dengan lebih lanjut selepas balik kejohanan dari Melaka.Ulasan1. Keseluruhan,latihan berjalan lancar dan cuaca tidak hujan.
2. Pusat latihan mendapat kerjasama dan komitmen sekolah, terima kasih kepada pengetua sekolah yang selalu membantu.
3. Komitmen atlet ketika latihan juga baik dan ada atlet tidak dapat hadir kerana menduduki peperiksaan awal tahun.
4. Peralatan yang diterima pada bulan lalu dibahagikan kepada 2 pusat latihan mengikut keperluan.
5. Latihan petang ini sepatutnya dihadiri oleh En. Thung Jin Seng dari ISN, Bkt Jalil untuk memantau program periodisasi peringkat Pulau Pinang tetapi tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Shasha Tarmuzi



















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON - PBA HALL BUKIT DUMBAR

Tarikh : 8hb Mac 2012 (Khamis)
Masa : 5.20 petang - 6.45 petang
Tempat : PLN Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kehadiran :

1. Razlan Rajan Bin Abdullah - JPM (PROGRAM PELAPIS NEGERI)
2. Deng Lei - JLN (MAJLIS SUKAN NEGERI)
3. Ernita - JLN (PERSATUAN BADMINTON PULAU PINANG)
4. Atlet - 11 Lelaki, 9 Wanita (Program Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang)
5. Atlet - 4 Lelaki, 3 Wanita (Program Pembangunan PBA)

LATIHAN

1. Larian 10 pusingan seluas 9 gelanggang badminton.
2. Kepantasan (Speeding)
3. Kelembutan (Agility)
4. 3 Vs 3
5. 1 Vs 1

UJIAN

1. Ujian Kecergasan akan diadakan pada 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam dengan bantuan pihak ISN.
2. Ujian Kecergasan akan diadakan pada 2 - 3 April 2012 di PLN Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang dengan bantuan pihak ISN.
PERTANDINGAN
1. Dimaklumkan oleh JPM Razlan, Kejohanan MSSM pada 12 - 16 Mac 2012 di Alor Setar, Kedah.
2. Kejohanan yang akan datang, Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) pada 18 - 22 April 2012 di Kuala Lumpur.

KECEDERAAN

1. Tiada kecederaan

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Cadangan mengadakan Sesi Taklimat Program Latihan kepada Ibu/Bapa dengan kerjasama pihak ISN pada 28 April 2012 di Majlis Sukan Negeri.

ULASAN.

1. Mendapati 3 atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur sedang menjalani latihan di Bilik Gym Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
2. Selain dari JPM Razlan dan JLN Deng Lei, mendapati JLN Ernita sedang melatih alet dalam Program Pembangunan PBA bawah 12 tahun.
3. Mendapati JPM Razlan sedang menjalankan sesi pemilihan seorang atlet bagi acara perseorangan dalam kategori bawah 12 tahun untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) yang akan datang di Kuala Lumpur. Seramai 4 atlet yang menjalani sesi pemilihan tersebut.
4. Ujian Kecergasan diadakan di dua tempat yang berbeza iaitu di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam dan Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang dan atlet yang berlainan.
5. JPM Razlan memaklumkan seramai 11 lelaki dan 10 wanita yang terlibat dalam Kejohanan MSSM di Alor Setar, Kedah.
6. Perjumpaan bersama Atlet dari Bukit Jalil untuk bertanyakan pembayaran elaun bulanan (Oktober - Disember 2011) dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan makluman yang diterima dari atlet tersebut telah menerimanya.
7. Sebagai Penyelaras Sukan Badminton Majlis Sukan Negeri (Program Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang) telah mengadakan perjumpaan bersama JLN Deng Lei yang di bantu oleh En. Loh Eng Swee (Setiausaha Program Latihan, Pemilihan dan Pembangunan Atlet PBA) sebagai penterjemah untuk menjelaskan terdapat kekurangan maklumat dalam laporan bulanan yang di hantar kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
8. Memaklumkan kepada JLN Deng Lei tentang Sesi Lawatan Pemantauan pihak ISN ke Pusat Latihan Bukit Berapit, Bukit Mertajam pada 10 Mac 2012 dari 9.00 pagi. Terima kasih kepada En. Loh Eng Swee atas bantuan beliau sebagai penterjemah.
9. Pemantauan latihan atlet dan perbincangan bersama JLN Deng Lei berjalan dengan lancar. Semasa perjumpaan bersama keluarga tiada masalah yang dibangkitkan.

Fatimah Jamil








































Read more...

Thursday, March 8, 2012

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1/2012 DI PULAU PINANG

Program : Kursus Sains Sukan Tahap 1
Tarikh : 05 - 09 Mac 2012
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Di bwh Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), kini sedang berlangsung Kursus Sains Sukan Tahap 1 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Kursus yang bermula pada 05 Mac lalu akan tamat pada 09 Mac 2012. Seramai 59 peserta telah mengikuti kursus yang sedang dijalankan ini.

Antara penceramah jemputan untuk kursus pada kali ini adalah ;

1. En. Syed Ahmad Azhar Syed Ambon - Latihan & Persediaan Fizikal
2. En. Adenan Ahmad - Anatomi & Fisiologi / Perubatan Sukan / Pemakanan Sukan
3. En Junaidy Mohd Hashim - Kompetensi Kejurulatihan / Falsafah Sukan
4. En. S. madiyalagan - Psikologi Sukan / Biomekanik

Selamat berkursus & selamat maju jaya..
















Read more...

Monday, March 5, 2012

TID SUKAN ANGKAT BERAT @ SM TINGGI BUKIT MERTAJAM

Tarikh : 1 Mac 2012 Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : SMK Tinggi Bukit Mertajam
Jurulatih : En. Mohd Aizat Zaini
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkat 1 dan 2 (Lelaki dan Perempuan)

Perancangan program ini hasil daripada perbincangan dengan JPM ASZU yang sudi membantu untuk membangunkan sukan angkat berat di negeriPulau Pinang. Untuk makluman En. Aizat juga percaya beliau mampumenghasilkan atlet yang berkualiti. SMK Tinggi Bukit Mertajam telah dipilih untuk program cari bakat barupada tahun 2012 kerana berdekatan dengan Gimnasium Latihan ASZU.Sasaran pelajar adalah dari umur 13 tahun dan 14 tahun.

Program inimerupakan projek pembangunan sukan 2012 hingga 2014.Seramai 43 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan yangtelah dipilih untuk menjalani sesi talent scouting. Diharap akan lahiratlet yang berkualiti dari program ini.En. Megat Omar Penyelia Petang dan Cikgu Zulkarnain Guru Kokurikulumsekolah berkenaan amat menyokong program ini. Untuk makluman pihaksekolah akan menyediakan tempat dan asrama untuk atlet yang berkualitiyang berada di program pembangunan sukan angkat berat.Terima kasih kepada pihak sekolah yang menjayakan program ini.

Tidaklupa juga kepada Cik Fatimah Jamil dan 4 orang atlet serantau yangmembantu dalam sesi TID ini. Mulai bulan Mac 2012 Cik Fatimah akanmengambil alih sukan angkat berat di bawah Program Pelapis di PulauPinang dan akan dibantu oleh saya.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

Thursday, March 1, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU @ KOMPLEKS SUKAN TITI MUKIM

Tarikh : 27hb Februari 2012 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.25 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai Utara.
Kehadiran : 4 atlet dan JSM Zainuddin

Laporan ringkas :

Sesampai di Pusat Latihan Tinju mendapati JSM Zainuddin bersama 4 dari 9 orang atlet yang menjalani latihan di PLN Titi Mukim. Menyerahkan surat Perlatikan Kontrak Jurulatih Sambilan kepada JSM Zainuddin. Mendapatkan maklumbalas dari JSM sebab-sebab ketidakhadiran atlet-atlet yang lain seperti berikut :

- 2 atlet terlibat dengan Program Sukan di Sekolah.
- 1 atlet cedera di tangan kerana jatuh dari menunggang motor.
- 2 atlet tidak memaklumkan kepada JSM ketidakhadiran mereka.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh JSM semasa pemantauan :

1. Larangan penggunaan tandas oleh pihak Penyelia Kompleks Sukan Titi Mukim.
2. Keadaan Peralatan Latihan yang rosak teruk dan memohon pengantian/penambahan (gambar dilampirkan).

Tindakan :
1. Menghubungi pihak Penyelia Kompleks Sukan Titi Mukim untuk membenarkan penggunaan tandas dan beliau bersetuju.
2. Menghubungi Pengurus Sukan Tinju di Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan memaklumkan keadaan peralatan latihan. Perkara ini telah dimaklumkan di Peringkat Negeri (Majlis Sukan Negeri & Persatuan Negeri) dan Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Peralatan Latihan "Gloves" kepunyaan Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara di Titi Mukim digunakan untuk Program Pelapis Negeri dan Program Pembangunan Negeri. Memohon agar pihak yang berkenaan mempertimbangkan permohonan ini.

Telah berjumpa dengan 2 orang atlet dan menegur cara pemakaian semasa menjalani latihan selepas menerima maklumbalas dari JSM Zainuddin. Latihan berjalan dengan lancar.

Fatimah Jamil



























Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved