Tuesday, July 13, 2010

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KE PLN MENEMBAK

Satu sesi pemantauan di PLN Menembak ini telah diadakan bagi meninjau latihan atlet dan pada masa yang sama juga melihat peralatan yang baru diterima daripada pembekal yang dibeli bulan lepas. Latihan berjalan baik dengan kehadiran seramai 8 orang atlet pelapis. Sementara itu, antara peralatan yang baru tiba adalah jaket, kasut, dan peluru. Diharap atlet-atlet akan lebih bersemangat dengan penerimaan peralatan baru ini. Dimaklumkan juga, esok atlet-atlet akan berangkat ke Subang, Selangor untuk menyertai Kejohanan Menembak Tun Tan Siew Sin 2010. All the best guys !






Read more...

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS 2010 - Update Last Day

Kem Bakat Berbasikal Lelaki telah sampai ke hari terakhir dan seperti hari sebelumnya atlet mula melakukan senaman pada jam 8.00 pagi. Jam 9.00 pagi atlet melakukan warm up trek sebagai persediaan menghadapi pertandingan mini. Antara acara yang dipertandingkan adalah 200 meter sprrint, scratch race, individual pursuit dan 750 m time trial.

Bagi acara pagi, hanya dua acara dipertandingkan iaitu 200 meter sprint dan individual pursuit. Acara 200 meter sprint diungguli oleh pelumba dari Pahang dan diikuti pelumba dari Kelantan serta Perak. Setelah tamat acara 200 meter sprint, disusuli dengan acara individual pursuit. Acara tersebut dinilai daripada catatan masa. Bagi acara tersebut, pelumba dari terengganu mengungguli dan dikuiti pelumba dari Pahang dan tempat yang ketiga pelumba dari Kedah.

Pertandingan mini ini bersambung pada jam 2.30 petang dan hanya satu acara yang dapat dilaksanakan berikutan hujan. Acara yang dipertandingkan pada waktu petang adalah scratch race. Acara dilepaskan beramai-ramai dan pelumba yang sampai lebih awal dikira sebagai pemenang. Acara 750 meter time trial tidak dapat diteruskan berikutan hujan.

Pada jam 4.30 petang, diadakan sesi penyampaian hadiah dan suai kenal atlet bersama Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (En. Jefri), Ketua Unit Pelapis Negeri (En. Yazid) dan Ketua Unit Pelapis Serantau (En. Izuwan).
Jam 6.00 petang, Kem Bakat Berbasikal berakhir.
--
Syamsul Afzan Bin Mohd Nor




















Read more...

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS 2010 - Update 4th Day

Tarikh: 12.07.2010
Masa: 8.00 pg-6.30 ptg
Tempat: Valodrom Rakyat Ipoh Perak

Hari keempat kem bakat disertai oleh 24 atlet, manakala 3 atlet berehat di hotel berikutan demam. Setelah selesai sarapan pagi, sesi senaman bermula pada jam 8 pagi. Pada jam 8.30 pagi, atlet diberi taklimat untuk acara road. Atlet perlu mngayuh sejauh 25 kilometer iaitu pergi dan balik. Kelajuan kayuhan dianggarkan antara 25 hingga 30 km/j.

Setelah tamat acara road atlet diberi rehat sementara menunggu kawasan trek kering berikutan hujan yang turun pada waktu malam. Pada jam 11 pagi, atlet telah bersedia untuk latihan trek yang seterusnya. Acara trek yang dilatih adalah Elimination Race. Di dalam acara ini, semua atlet dilepaskan dan apabila telah mereka telah melakukan dua pusingan, loceng akan dibunyikan. Pelumba yang terakhir akan terkeluar dan seterusnya pada setiap pusingan, pelumba terakhir akan terkeluar. Pelumba yang turun ke kawasan blue band semasa acara berlangsung juga akan tersingkir secara automatik. Jam 12.30 tengahari, latihan bagi acara tersebut tamat.

Untuk sesi petang iaitu pada jam 2.30 petang, atlet menghadiri sesi fisiologi yang di sampaikan oleh pegawai dari Institut Sukan Negara. Antara objektif sesi fisiologi diadakan untuk menerangkan kepada atlet tentang aspek fizikal yang penting bagi sesuatu acara serta aspek-aspek yang perlu di beri tumpuan untuk membentuk fizikal badan menjadi atlet berbasikal yang berjaya. Sesi tersebut tamat pada jam 5.00 petang dan diikuti program membersih basikal.

Semua atlet perlu membersihkan basikal trek yang telah digunakan. Kem Bakat Berbasikal untuk hari keempat tamat pada jam 6.30 ptg. Pada waktu malam, atlet diberi rehat yang secukupnya kerana untuk hari terakhir, atlet akan menyertai perandingan kecil.

Syamsul Afzan Bin Mohd Nor





















Read more...

Monday, July 12, 2010

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL TREK PELAPIS 2010 - UPDATE 3rd Day

Tarikh: 11.07.2010
Masa: 8.00 pg-10.30 mlm
Tempat: Valodrom Rakyat Ipoh Perak

Hari ketiga kem bakat bermula dengan aktiviti senaman pada jam 8.00 pg. kemudian atlet diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Acara yang akan di jalankan pada pagi tersebut adalah acara team sprint tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga jam 10.30. Ini berlaku berikutan kawasan trek yang basah akibat hujan yang turun pada sebelah malam.

Pada jam 10.30 pg, trek sudah kering sepenuhnya dan latihan dimulakan dengan sesi warm up trek dan dikuti dengan latihan bagi acara team sprint. Dalam acara tersebut setiap pasukan mesti mempunyai 3 pelumba. Apabila satu pasukan dilepaskan,mereka perlu memecut dan pelumba yang berada di hadapan akan bergerak keluar untuk pusingan yang pertama dan untuk pusingan yang kedua,pelumba yang berada dihadapan perlu keluar. Pelumba yang terakhir akan memecut dan menghabiskan pusingan.

Catatan masa dikira dari pelumba yang terakhir. Pada jam 12.30 tengahari, latihan bagi acara team sprint tamat dan atlet menikmati makan tengahari di Dewan makan Msn Perak. Bermula jam 3 ptg, kem bakat di teruskan dengan sesi psikologi oleh pegawai dari Institut Sukan Negara. Pada jam 4.30 ptg sesi psikologi tamat dan diteruskan dengan latihan bagi acara team pursuit. bagi acara ini, seramai 4 pelumba dari setiap bagi setiap pasukan diperlukan. Setiap pasukan perlu melaksanakan 16 pusingan dan catatan masa dikira daripada pelumba yang ketiga. Sesi latihan tamat pada jam 6.30 ptg.

Di sebelah malam iaitu pada jam 8.30 malam, satu sesi pemakanan diadakan. Sesi ini disampaikan oleh pegawai dari Institut Sukan Negara. Jam 10.30 mlm, sesi tamat. Pada hari ketiga kem bakat, seramai 26 atlet sahaja yang mengambil bahagian manakala seorang atlet tidak dapat meneruskan latihan berikutan kecederaan retak dibahagian tulang bahu akibat terjatuh dari trek semasa melakukan latihan kelayakan 200 meter sprint. Insiden tersebut berlaku pada hari kedua kem bakat namun kecederaan atlet tersebut tidak terlalu serius.

Hari ketiga Kem Bakat Berbasikal (L) 02/2010.

Syamsul Afzan Bin Mohd Nor
















Read more...

Sunday, July 11, 2010

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS 2010 - 2nd Day

Tarikh: 10 Julai 2010
Masa: 8 pagi-10.30 mlm
Tempat: Valodrom Rakyat Ipoh Perak

Hari kedua kem bakat bermula dengan aktiviti senaman pada jam 8.00 pagi. Setelah selesai aktiviti senaman, jam 9.00 atlet meneruskan latihan dengan sesi warm up trek,jumping dan rolling start yang mana aktiviti ini adalah rutin wajib bagi setiap pelumba sebelum meneruskan acara.

Aktiviti warm up ini adalah aktiviti yang diulang semula daripada hari sebelumnya untuk meningkatkan pemahaman atlet. jam 11.00 pagi,atlet diterangkan acara 200 meter sprint. jam 12 tengahari aktiviti tamat. Disebelah petang iaitu pada jam 3.30, kem bakat diteruskan dengan acara kelayakan 200 meter yang mana atlet didedahkan dengan teknik untuk menguasai acara tersebut. Di dalam acara tersebut,atlet perlu fokus terhadap masa yang sesuai untuk melakukan jumping dan pecutan.

Sesi akhir latihan pada petang tersebut diteruskan dengan latihan pair 200 meter sprint. Acara ini hanya melibatkan dua atlet yang melepasi sesi kelayakan. Jam 8.30 malam, sesi tayangan video daripada kejohanan-kejohanan berbasikal dunia. Tujuan tayangan ini diadakan untuk memberi gambaran tentang teknik-teknik yang perlu dilakukan semasa kejohanan. Jam 10.30 malam sesi video tamat.

Sekian, Laporan Kem Bakat Berbasikal (L) 02/2010 hari kedua.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor














Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved