Wednesday, June 2, 2010

LAPORAN 34th AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP - EDISI UTARA (2nd Day)

34th Sea Age Group Swimming Championship
03 – 05 June 2010
Trace Aquatics Complex, Los Banos, Laguna Philippine

Hari ke-2 (02 June) diteruskan dengan pergerakkan ke Trace Aquatics Complex pada jam 7.00 am. Latihan rasmi untuk sesi pagi ini dilakukan hingga jam 9.00 am dan untuk sesi petang pada jam 3.30 hingga jam 5.00 petang. Mesyuarat Pengurus2 pasukan pula telah berlangsung pada jam 2.00 petang.

Maklumat Penyertaan Atlet- Atlet adalah seperti berikut;

Malaysia – 19 orang
Brunei – 13 orang
Indonesia – 16 orang
Myanmar – 13 orang
Vietnam – 12 orang
Singapore – 65 orang
Thailand – 65 orang
Philippine – 58 orang

Jumlah keseluruhan atlet : 261 orang

Cuaca : Hujan di sebelah petang dengan suhu 28*c

Perjuangan atlet akan bermula esok. Pergerakkan ke venue pertandingan adalah pada jam 7.00 am. Harap2 ada kilauan emas esok .. Nantikan laporan selanjutnya ..















Read more...

LAPORAN 34th AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP - EDISI UTARA

Pertama, TQVM kepada MSN atas penyenaraian nama KU USPTN Pulau Pinang sebangai ‘Team Leader’ pada 34th Sea Age Group Swimming Championship yang berlangsung pada 03 – 05 June 2010 di Los Banos, Laguna Philippines pada kali ini.

Pergerakkan pasukan yang dianggotai seramai 5 pegawai dan 19 atlet ini bermula pada jam 10.30 am dari MSN ke KLIA. Seterusnya penerbangan ke Manila pada jam 1.40 pm dan sampai di Ninoy Aquino International Airport, Manila pada jam 5.30 pm. Perjalanan ke hotel penginapan di Los Banos, Laguna mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki bus yang telah disediakan penganjur.

Sampai di hotel kira-kira pada jam 9.30 pm. Selepas makan malam semua atlet diminta untuk terus berehat. Program seterusnya esok adalah latihan di venue pertandingan dan mesyuarat pengurus pasukan.

Salam Mabuhay dari Los Banos, Laguna ..









Read more...

KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC MALAYSIAN TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT - PAHANG LEG

Laporan ringkas untuk kejohanan tersebut diatas,

Berangkat dari Pulau Pinang : 27 Mei 2010
Berangkat pulang ke Pulau Pinang : 30 Mei 2010.
Peserta : 8 atlet, 1 JSM dan PPN selaku Pegawai Pengiring.

Keputusan Kejohanan :-

27 Mei 2010 - Sampai di Pahang 3.00 petang dan menjalani latihan penyesuaian lorong dari 8.00 malam hingga 9.00 malam

28 Mei 2010 - Pertandingan Girls Graded seramai 49 peserta.
Syazwani : Tempat ke 30 [S1 - Avg : 152.25]
Aimi Fatin : Tempat ke 39 [S1 - Avg : 144.38]
Nurul Amelia Hani : Tempat ke 42 [S1 - Avg : 140.25]

28 Mei 2010 - Pertandingan Boys Graded seramai 117 peserta.
Aiman Faiz : Tempat ke 31 [S1 - Avg : 172.63]
Aidil Ajmal : Tempat ke 72 [S1 - Avg : 158.75]
Yair - Azraei : Tempat ke 90 [S1 - Avg : 149.38]
Wan Zuhairi Izlan : Tempat ke 95 [S1 - Avg : 147.38]
Muhd Aidiel Albakri : Tempat ke 104 [S1 - Avg : 136.75]

29 Mei 2010 - Pertandingan Girls Under 12 seramai 26 peserta.
Anis Syzliana : Tempat ke 13 [S1 - Avg : 134.83]

29 Mei 2010 - Pertandingan Boys Graded Top 48
Aiman Faiz : Tempat ke 26 [S2 - Avg : 171.36]

Pada 29 Mei 2010 malam berlaku gangguan letrik dari 8.40 malah hingga 9.45 malam. Pertandingan Boys Graded tamat pukul 12.00 tengah malam. Dua kategori pertandingan Boys and Girls Open terpaksa ditunda kepada 30 Mei 2010.

Sekain dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil












Read more...

Monday, May 31, 2010

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG KE SUKAN MALAYSIA XIII 2010 MELAKA

Program : Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA XIII 2010 Melaka
Masa : 3.30 pm – 6.00 pm
Tempat : Dewan Majlis Silat Negeri Pulau Pinang

Final Countdown. Dengan tinggal lebih kurang seminggu berlangsungnya Sukan Malaysia XIII 2010 di Melaka, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera kepada Pengurus-Pengurus Pasukan dan Ketua Kontinjen.

Sempena Majlis ini, semua atlet dan pengurus-pengurus pasukan dianggarkan dalam 500 orang berkumpul di Dewan Majlis Silat Negeri seawal jam 8.00 pagi untuk Bengkel Bina Semangat Berpasukan yang dikelolakan oleh ISN Satelit PP dengan bantuan Mr. Edwards de Silva. Sesi ini tamat pada jam 1.00 petang.

Seterusnya semua atlet, pengurus dan keseluruhan Kontinjen Negeri Pulau Pinang masuk semula ke Dewan Majlis Silat Negeri pada jam 3.30 untuk Majlis Penyerahan Bendera. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Bagi memeriahkan Majlis, Pasukan Sorak Kontinjen Pulau Pinang dari SMK Convent Canossa, Melaka & Agensi Angkat Kontinjen iaitu Jabatan Penjara Negeri Melaka juga dijemput hadir. Turut dijemput adalah pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Go For Gold !!

Selamat Maju Jaya ..





























Read more...

Saturday, May 29, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 25 Mei 2010 [Selasa]
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : PLN Mega Lanes Prai, Pulau Pinang
Hadir : Atlet - 10 dari 30 atlet.
JSM : 3 orang

Hasil dari pemantauan :

Mendapati seramai 10 orang atlet yang hadir pada hari tersebut. 8 atlet Cawangan Pelapis telah di pilih untuk ke Skuad Sukan Malaysia dan menjalani latihan di Ampang Superbowl, Bukit Mertajam dan yang lain tidak dapat menghadiri latihan kerana persiapan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.

Selain JSM dari Cawangan Pelapis yang melatih atlet yang hadir, saya dapati dua orang bekas pemain tenpin boling sedang mejalani sesi "attachment training" untuk mendapatkan Sijil Spesifik Sukan Tenpin Boling Tahap Satu. Ini satu tindakan yang baik dari pihak Persatuan yang dalam proses penyediakan jurulatih sebagai pelapis dimasa akan datang.

Sesi latihan berjalan dengan lancar di bawah kelolaan ketiga-tiga jurulatih.

Mengadakan perjumpaan bersama atlet dan keluarga yang akan berangkat ke Pahang pada 27 Mei 2010 ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Sirkit Kebangsaan [Pahang Leg].

Mengadakan perjumpaan bersama JSM dan hal-hal yang dibincangkan seperti berikut : -

1. Laporan Bulanan - memaklumkan kepada JSM ada peningkatan, diharap dapat memperbaiki lagi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

2. Elaun JSM - pertanyaan dari pihak JSM bilakah elaun mereka akan dibayar. Memaklumkan kepada JSM akan membincangkan perkara ini kepada KUN.

3. Akan mengadakan satu mesyuarat/perjumpaan bersama keluarga atlet selepas berakhirnya Sukan Malaysia XIII 2010, Melaka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved