Wednesday, June 2, 2010

LAPORAN 34th AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP - EDISI UTARA

Pertama, TQVM kepada MSN atas penyenaraian nama KU USPTN Pulau Pinang sebangai ‘Team Leader’ pada 34th Sea Age Group Swimming Championship yang berlangsung pada 03 – 05 June 2010 di Los Banos, Laguna Philippines pada kali ini.

Pergerakkan pasukan yang dianggotai seramai 5 pegawai dan 19 atlet ini bermula pada jam 10.30 am dari MSN ke KLIA. Seterusnya penerbangan ke Manila pada jam 1.40 pm dan sampai di Ninoy Aquino International Airport, Manila pada jam 5.30 pm. Perjalanan ke hotel penginapan di Los Banos, Laguna mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki bus yang telah disediakan penganjur.

Sampai di hotel kira-kira pada jam 9.30 pm. Selepas makan malam semua atlet diminta untuk terus berehat. Program seterusnya esok adalah latihan di venue pertandingan dan mesyuarat pengurus pasukan.

Salam Mabuhay dari Los Banos, Laguna ..









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved