Monday, February 26, 2018

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 1st LEG 2018

Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 1st Leg 2018 membuka tirai pada tahun ini. Kejohanan ini adalah kejohanan peringkat Remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final mengikut jumlah jatuhan pin.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 5 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun Lelaki dan Wanita, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 84 orang.

1) Bawah U12 Mixed - 26 orang
2) Bawah U16 Lelaki - 24 orang
3) Bawah U16 Wanita - 12 orang
4) Boys Open - 15 orang
5) Girls Open - 7 orang

JUMLAH - 84 orang

Berikut disertakan keputusan 3 teratas mengikut kategori yang dipertandingkan:-

Bawah 12 Tahun
1. Emas – Syed Amsyar Ghazie (PNG) - total 1083/ave 177.5
2. Perak - Muhammad Hafiz Darwisy (PNG) - total 1031/ave 171.8
3. Gangsa – Nik Rifdhi Baihaqy Bin Nik Noorfadhly (KED) - total 1031/ave 171.8

Bawah 16 Tahun Lelaki

1. Emas - Brandon Lau Tze How (PNG) - total 1754/ave 216.3
2. Perak – Megat Zaqrul Haikal (PNG) - total 1731/ave 213.4
3. Gangsa – Muhd Fareez Aiman (KED) - total 1607/ave 200.9

Bawah 16 Tahun Wanita
1. Emas - Ong Eileen (PNG) - total 1536/ave 184.0
2. Perak – Anis Hadirah Bt Anuar (PNG) - total 1490/ave 186.3
3. Gangsa – Auni Mardhiah Bt Anuar (PNG) - total 1486/ave 182.8

Girls Open
1. Emas - Alyaa Addini Bt Zulamri (PRK) - total 1622/ave 199.8
2. Perak – Melissa Khong Xia Yi (PNG) - total 1558/ave 191.8
3. Gangsa – Nurul Nadia Bt Mohamad Yaacob (PNG) - total 1419/ave 177.4

Boys Open
1. Emas - Mohamad Al Faiz (PNG) - total 1660/ave 204.5
2. Perak – Muhammad Haziq Bin Mohd Ridzuan (KED) - total 1651/ave 203.4
3. Gangsa – Muhammad Syazirol Bin Shamsudin (KED) - total 1630/ave 200.8

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved