Friday, February 23, 2018

LAPORAN KEJOHANAN PELAYARAN MAJLIS SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) 2018

Tarikh : 20 hingga 21 Februari 2018
Tempat : Pusat Latihan Sukan Air Teluk Kumbar

Kejohanan Pelayaran MSSPP 2018 anjuran Sekretariat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) telah berlangsung bermula dari 20 hingga 21 Februari 2018 di Pusat Latihan Sukan Air, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Pada edisi kali ini telah menampilkan penyertaan seramai 30 pelayar (18 pelayar lelaki & 12 pelayar wanita) yang melibatkan pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Kejohanan kali ini hanya melibatkan 4 kategori sahaja iaitu Optimist 12TKB, Optimist 15TKB, Laser Radial Open dan Laser 4.7 Open. Objektif kejohanan dwi tahunan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang terpilih mewakili Pasukan Pulau Pinang ke Kejohanan MSSM 2018 pada 19 hingga 24 Mac 2018 di Kedah. Di samping itu juga, jurulatih dapat mencari bakat-bakat baru untuk disenaraikan ke dalam program Pelapis Negeri. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Gurubesar Sek Keb Seri Bayu Encik Azizan Bin Omar diiringgi Pengetua Sek Men Keb Teluk Kumbar 2 Encik Ibrahim Bin Kasa. Pihak Pengajur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Berikut disertakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan :

OPTIMIST 12TKB
1. Nur Iffah Darwisyah – Sek Keb Dato Keramat
2. Teoh Yin Yue – SJK (C) Pei Yu
3. Izzat Naufal – Sek Keb Teluk Bahang
4. Muhd Danial – Sek Keb Dato Keramat
5. Aliff Taquidin – Sek Keb Teluk Bahang

OPTIMIST 15TKB
1. Zarif Humaidi – SMK Teluk Kumbar 2
2. Nur Hasina – SMK Permatang Tok Jaya
3. Adri Afdhal – SMK Bandar Baru Perda
4. Muhd Asyraff – SMK Tanjung Bungah
5. Muhd Hakimi – SMK Teluk Air Tawar

LASER RADIAL OPEN
1. Sofia Alisha – SMK Teluk Air Tawar
2. Muhd Amar Hazman – SMK Teluk Air Tawar

LASER 4.7 OPEN
1. Siti Nor Al’Nisaa – SMK Teluk Bahang
2. Faris Haniff – SMK Teluk Air Tawar

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved