Wednesday, September 13, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 12 September 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Leap
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2017, yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan dua orang atlet yang telah diberi amaran selama sebulan untuk meningkatkan prestasi mereka masih tidak berubah telah keluar daripada program pelpais negeri atas pesanan jurulatih kepada talet sendiri untuk fokus kepada pelajaran atau ke sukan lain. Oleh itu sehingga September 2017 hanya 7 orang gimnas menjalani latihan di Akademi Gimrama MSNPP, manakala caitlin dan nicole menjalani latihan di Bukit Jalil serta Victoria Manalang Tan Fu hur di Shenyang Sports School.
2. Pada kejohanan MJAPP yang lepas, terdapat beberapa gimnas daripada kelab menandingi markah daripada gimnas berada dalam program pelapis. Hal ini telah dibincangkan dan memohon MJAPP mencadangkan kepada jurulatih yang baru dan bakal dilantik kerana dengan 7 orang gimnas sediada sekarang, JSM masih tidak dapat memeberikan sepenuh tumpuan dengan latihan hanya 2 kali seminggu yang tidak mencukupi bagis eorang gimnas.
3. JSM MSNPP iaitu Cik Mah Kah Yi sehingga hari ini ingin meletakkan jawatan kerana kekangan kerja hakiki dengan JSM gimrama disebabkan tekanan yang banyak diterima di tempat kerja serta di tempat latihan sehingga beliau sering jatuh sakit. PPN memohon beliau untuk meneruskan servis sehingga kontrak tamat iaitu Disember 2017 dan dalam masa yang sama memohon MJAPP mempercepatkan permohonan jurulatih baru seperti yang dicadangkan oleh Puan Petrina.
4. Ketiadaan jurulatih memberi impak yang besar kepada pasukan pelapis Pulau Pinang kerana latihan sediada sudah tidak mencukupi. Oleh itu PPN memohon agar MJAPP berusaha dalam keadaan kritikal seperti ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved