Tuesday, September 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 25 September 2017 (Isnin)
Masa : 3.30 petang – 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 40 orang  

LATIHAN
1. Warm Up
2. Penyesuaian Regu untuk kejohanan.
3. Warm Down 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet akan menyertai Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2017 yang akan berlangsung pada 27-30 September 2017 di Negeri Sembilan bagi pusingan awal manakala Pusingan Akhir akan diadakan di Quill City Mall Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2017.

UJIAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring. Permohonan telah dihantar kepada kewangan negeri untuk kelulusan pembelian.
2. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.
2. Kehadiran atlet memuaskan, hanya pelajar tingkatan 5 tidak hadir kerana menghadapi percubaan SPM dan tuisyen.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa satu sesi Ujian Pemilihan Atlet (TID) bagi sukan Sepaktakraw akan diadakan pada 4 Oktober 2017 (Rabu). Ujian tersebut bagi mengenalpasti bakat baru untuk kemasukan bagi tahun 2018.
4. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih tarikh awal Karnival Bakat Siri 2/2017 yang dijangka pada 23 hingga 26 November 2017 di Pahang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved