Wednesday, September 13, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 11 September 2017 (Isnin)
Masa : 5.30 pm hingga 9.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Muhammad Ammar  (JSM)
2. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN
1. Physical
2. Tactical
3. Technical

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan 8th CIMB NJC - Grand Final yang akan berlangsung pada 20 - 24 September 2017 di NSC Bukit Jalil.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan pada PPN 8 September 2017 beliau akan berangkat pada malam 11 September 2017 ke WSF Coaching Conference di Bucaramanga, Colombia 2017. Pihak SRAM telah memilih dua jurulatih kebangsaan iaitu Khoo Teng Hin dan Mohd Shahril Shahidan serta program ini untuk mendedahkan mereka dalam skuasy peringkat kebangsaan. Maklumat persidangan akan bermula pada 12 hingga 19 September 2017.
2. PPN mengingatkan jurulatih bahawa sekiranya mempunyai urusan di luar negara perlu memohon sebulan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kecelakaan kerana permohonan tersebut akan dihantar kepada pihak atasan untuk kelulusan. Beliau juga memaklumkan mendapat tawaran dan surat rasmi dari SRAM lewat.
3. Kehadiran atlet memuaskan dan mereka menjalani latihan seperti yang dirancang.
4. Hari ini pada jam 7.00 malam akan bermula bermula mesyuarat lembaga SAP di NDISC. Kedatangan amat memberangsangkan, dan wakil SRAM iaitu Encik Prabu Krishnasamy (General Manager SRAM) datang menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Pelbagai perkara yang berbangkit dari segi pemain professional yang melibatkan atlet Pulau Pinang iaitu Muhammad Ezzri, pembayaran elaun SUKMA 2018, naiktaraf jurulatih di SAP dari segi sains sukan dan spesifik, laporan prestasi atlet yang berada dalam skuad elit dan skuad latihan, dan pelbagai lagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved