Wednesday, January 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 telah berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat Stadium MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam, SPT, Pulau Pinang. Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan seperti berikut :-

1. 100 meter
2. 200 meter
3. 400 meter
4. 1500 meter
5. Lompat jauh
6. Lontar peluru
7. Lompat tinggi
8. 110 meter hurdles (terbuka) / 100 meter hurdles (terbuka)
9. Baling tukul besi (terbuka)

Kejohanan ini melibatkan melibatkan kategori umur seperti berikut :-

1. Bawah 12 tahun
2. Bawah 15 tahun
3. Bawah 18 tahun
4. Bawah 21 tahun

Turut hadir membantu dan menilai atlet semasa pertandingan adalah Jurulatih Ammar Ramadzan, Hazril Hassan, Rifat Artikov, Krishnan Thambusamy, Mazlan Mahmood dan Jurulatih PLN, PLD serta JPNPP. Pihak PPN masih menunggu keputusan rasmi dari penganjur iaitu persatuan negeri dan JPNPP.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved