Tuesday, January 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BOLING PADANG

Tarikh : 27 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Length & Weight Control
2. Mini Game 

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bowls untuk latihan tidak mencukupi atlet terpaksa menggunakan bowls yang telah tamat tempoh dan meminjam daripada kawan semasa menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Seperti yang sediamaklum, pihak MSNPP tidak mempunyai jurulatih boling padang buat masa terdekat ini dan atlet pelapis perlu mneyewa ring bagi menjalani latihan. Hal ini juga telah dibincangkan dalam JKK Pelapis Siri 2/2016 dan JKK Sukma Siri 1/2017 yang lepas.
2. Pihak MSNPP akan cuba sedaya upaya untuk melantik jurulatih bermula March 2017 bagi menjalani latihan untuk SUKMA XIX Perak 2018. Oleh itu, pihak USPTNPP boleh menjalani latihan bersama dan sekiranya ingin memulakan latihan awal daripada bulan tersebut perlu menyewa sendiri.
3. Pihak PPN juga memaklumkan kepada MSNPP bahawa tiada peruntukan untuk sewaan ring seperti sebelum ini pasukan pelapis menumpang pusat latihan bersama negeri.
4. Pihak jurulatih juga cuba berhubung dengan wakil MPSP buat masa sekarang untuk menumpang latihan daripada pasukan MPSP iaitu setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam hingga 11 malam.
5. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan cuti sambutan tahun baru cina yang akan berlangsung.
6. PPN memohon jurulatih untuk mengemaskini maklumata data atlet untuk memudahkan proses dokumentasi dan prestasi atlet yang berdaftar dibawah program pelapis.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved