Friday, January 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Krishnan Thambusamy - Jurulatih
2. Rifat Artikov - Jurulatih
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
8. 15 Orang atlet

PROGRAM BINAAN
Tiada

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 pada 22 Januari 2017 di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam.

ULASAN RINGKAS
1. Pada 11 Januari 2017 (Rabu) telah berlangsung perjumpaan antara semua jurulatih-jurulatih Olahraga di bawah program MSNPP dan JPNPP. Turut hadir adalah Pengarah MSNPP, wakil unit sukan JPNPP dan En. Govindasamy (Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang). Antara yang dibincangkan adalah penyelarasan dan perancangan sukan olahraga bagi tahun 2017 dan persiapan menghadapi kejohanan  MSSM 2017.
2. Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 pada 22 Januari 2017 di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam. Pertandingan ini akan menjadi talent scouting pertama untuk pemilihan atlet ke dalam program.
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih tentang pendaftaran atlet bagi sesi Januari - Jun 2017. Memohon jurulatih untuk mengenalpasti dan mencadangkan atlet-atlet berpotensi untuk didaftarkan.
4. Mesyuarat JKK Sukma XIX, Perak 2018 Bil. 1/2017 (Sukan Olahraga) telah dijalankan pada 16 Januari 2017. Perbincangan tentang perancangan program ke arah Sukma XIX, Perak 2018.
5. Jurulatih En. Ammar Ramadzan telah melatih atlet-atlet di SSN Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan.

Sekian.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved