Wednesday, August 24, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 23 Ogos 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Suaian Fizikal di gym
3. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Akan menyertai Kejohanan Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 2016 - Sirkit Akhir pada 25 hingga 29 Ogos 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Pihak Unit telah menerima bola sebanyak 40 biji dan 4 net daripada Bahagian Atlet semasa Mesyuarat Ketua Unit Bil 3/2016 di Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jadual jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang berikutan beberapa atlet menghadapi peperiksaan PT3 dan percubaan.
3. Pencapaian atlet pada kejohanan Karnival Bakat di Pulau Pinang amat memuaskan. Atlet memperolehi 2 pingat perak dari regu 12 dan 14 tahun.
4. Jurulatih bercadang untuk mengadakan kejohanan dalaman antara daerah di Pulau Pinang. Cadangan masih di peringkat perbincangan bersama jurulatih dan persatuan.
5. Pihak Unit masih menunggu senarai terbaru lantikan jurulatih dibawah Pusat Latihan Daerah (PLD) daripada Persatuan Sukan Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved