Thursday, August 11, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 10 Ogos 2016 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 40 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Kawalan Bola 
3. Permainan gelanggang
4. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 15 atlet akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2016 pada 15 hingga 18 Ogos 2016 di Kompleks Azman Hashim Universiti Sains Malaysia. Kategori yang terlibat adalah regu 13 tahun, 14 tahun & 15 tahun.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Peralatan akan diterima daripada Bahagian Atlet pada minggu hadapan. Peralatan tersebut adalah bola dan net.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Pihak Unit telah menyerahkan cek sebanyak RM10,000.00 kepada Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang untuk penganjuran Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2016.
3. Pihak Unit mengucapkan ucapan tahniah kepada Pasukan Pulau Pinang kerana cemerlang di Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016 dengan pungutan pingat 1 emas & 1 gangsa.
4. Dari pemantauan, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik sepanjang latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved